Thursday 20 November 2014

Girls' Day Out..!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah  last weekend aku dpt hangout jumpe my sweety ladies.. Rindu giler kat dorang semua... Alhamdulillah semua dah habis study.. Tengah kerja.. Tengah tunggu konvo.. Alhamdulillah semuanya dah berjaya.. Happy for them.. :)

Memandangkan semua anak2 dara ni masih di bawah tanggungan ibu bapa masing2, so kami tak dapatlah nak lepak jauh2.. Tempat pilihan biasa Alamanda Putrajaya.. Nak lepak tasik hujan pula.. so lepak kat mall ajelah..

Meh aku belanja gambar sikit.. hihi.







 
Lihatlah wajah2 ceria kami.. even this event only for ladies tapi ada pulak mamat sorang tu sesat kan..? huhu.. itulah dia da only clasmate lelaki yang masih sudi untuk keluar dan hangout dengan kami.. Alhamdulillah,, Thanx Arham Hafezzee.. 

Alhamdulillah.. sangat bersyukur dikurniakan sahabat2 yang baik hati, penenang jiwa raga.. Harap sangat ukhuwah ni kekal sampai bila2.. Thanx for lending me your ears..  Hear my story.. Pinjamkan bahu untuk aku tumpang nangis.. Pinjamkan kasih dan sayang untuk aku bermanja dan rasa dihargai.. Berikan aku nasihat untuk aku bangkitkan kembali semngat aku.. InsyaAllah aku akan ingat pesan korang semua.. Sayang Korang.. Mmmmuuaahhhhh.. Will always love u sahabat. Till Jannah. insyaAllah. 


 

Friday 14 November 2014

CERITA LALU

Assalamualaikum..

Dalam keterbatasan waktu ini aku try update apa yang aku mampu.. Aku tengah sgt2 busy.. 

Alhamdulillah,, Tanggal 20 Oktober yg lepas aku dah pun cukup umur 23 tahun. Syukur Pada Allah kerana telah memberi aku peluang untuk aku terus hidup dan terus bertaubat memohon keampunan kpdNya. Jujur aku dah byk sgt dosa.. Sungguh Allah Maha Penyayang.. Allah tutup aib kita di dunia ni sedangkan kita sebagai manusia tak pernah pon rasa malu dengan Allah dengan maksiat dan dosa yang kita buat.. Allah.. Sayangnya Allah pada kita kan.

Okey. sebut pasal birthday.. Aku tak pernah expect utk sambut birthday dengan sesiapa pun. Sebab dah kebiasaan aku tak sambut birthday aku. Just masa belajar dulu jelah aku disambut dgn tepung dan air berbaldi2. almaklum bilik depan toilet.. Siap kena tarik keluar bilik.. haha.. Tu semua kenangan. Sambut birthday dengan someone special? Aku harap jugak tapi kali ni memang suram. Dia pon takde datang utk celeb besday aku. n Takde plan pon nak sambut.. Tak apalah.. mungkin dia busy kot. :(

Sehari selepas birthday aku, Allah uji aku dengan musibah. Yang mana aku dpt accident sikit kat tempat kerja. Jatuh terlentang atas lantai time tengah angkat pinggan. Habis tercampak pinggan2 tu semua. Nasib baik tak pecah. Bila dah kena aku memang tak berhenti menangis la.. Dari mula kena sampailah aku nak tido. Bangun tido esok tu pun aku sambung lagi menangis. Betapa sakitnya aku rasa. Nasib baik hari esoknya cuti. So aku rehat kat rumah.. Pujuk diri.. Tenangkan diri dari menangis. Tah macam mana Allah nak uji aku lagi.. Allah hadirkan aku dengan berita yg kurang senang untuk aku hadap. Memang aku sambung balik menangis. 1 badan dah sakit termasuklah hati aku.. Allah.. kuatnya ujian yang Allah hadirkan. Rasa mcm dah taknak hidup je.. :'(

2nd day lepas kena barulah aku pergi jumpe doc sbb sakit stil tak hilang. tengkuk dgn pinggang aku efek giler. Then aku pergi hospital. Doc buat xray semua.. Jujur aku malu bila doc lelaki yg cek aku.. Tu sebab la aku tak suka pergi klinik ke hospital ke. Habis doc tekan tulang belakang aku. Perut aku. So dah lepas xray  Alhamdulillah result baik2 je.. Doc ckp tulang takde yg patah. So Doc declare aku kena "muscle inflammation" and "soft tissue injury". Hari ke 3 aku dah msuk kerja balik even badan stil sakit.  Ubat pain killer tu takde bg manfaat pon  kat aku.. huhu.. 

Then ada beberapa customer yg perasan aku tak ceria.. Ada yg tahu aku jatuh.. Semua tanya aku.. Sampai aku nak keluar, brother kesihatan tu siap tahan kereta aku sbb aku tak balas senyum dgn teguran dia. Tanya aku sebab apa suram. Mostly semua ckp aku suram. Yelah tengah sakit manalah aku nak senyum. Alhamdulillah.. Rasa happy la sikit dengan concern dari customer2 ni semua. Sbb sepatutnya "dia" yang patut buat aku senyum tapi "dia" dah buat aku menangis lagi. Sedih gilerrr :'(

Lepas accident haritu aku dah tak boleh nak buat kerja berat2 sampai aku dah betul2 kuat. Aku pun kena pergi berurut dah sekarang untuk baiki kerosakan dlm bdn ni.. haha. InsyaAllah.. sekarang aku berserah pada Allah untuk beri aku semangat dan kekuatan. Dengan macam2 ujian yang aku tengah hadap. Semuanya buat aku rasa makin dekat dengan Allah. Aku taknak jauh dari Allah.. Tak nak jadi orang yang rugi. InsyaAllah. Andai kesakitan luar dan dalam aku ni adalah tanda pengampunan Allah, aku redha.. Moga2 urusan akhirat aku nanti dipermudahkan.. insyaAllah Ampunkan aku ya Allah.. :'( 

Okeylah. time to go.. 

Awak. Saya masih sayangkan awak.. Ambillah sebanyak mana ruang yang awak perlu untuk pulihkan kembali hubungan ni.. insyaAllah.. Allah sedang sayangkan awak. sebab tu dia uji awak.. Kuatkan semangat awak.. Baliklah pada Allah.. Moga awak dapat ketenangan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...