Sunday 26 April 2015

HARAPANKU.. BUKAN ITU TAPI INI..

Bukan itu yang aku harapkan
Bukan itu yang aku mahukan
Bukan Maafmu..

Saat kau inginkan aku.
Bertemu waliku.
Saat kau ingin lepaskanku
Abaikan waliku..?

Ku tahu
mereka tidak seperti dulu.
sudah tak punyai kudrat.
Tak mampu melayanimu mesra.
Tapi
Mereka masih punyai hati.
Mereka masih mengingati.
Seringkali ingin mengetahui.
Dimana dirimu yang lama menyepi.

Jawapan apa yg harus ku ungkap..?
Kelak akhirnya memakan hati
Antara aku dan juga wali.

Telah kau mula dengan baik.
Akhirkanlah dengan baik.
Biarpun kau ingin meninggalkan.

Meskipun hormat itu bukan untukku.
Aku harap masih ada untuk waliku.
Biarkan aku yg disakiti.
Jangan mereka yang disakiti.
Cukuplah sakit yg mereka tanggung
Dengan kudrat yg kurang mampu.

Atas dasar manusia
Hadirlah walau untuk seketika
Leraikanlah apa yg telah kau gantung
Lepaskanlah apa yg lama kau pendam

Sampai bila nak menyeksa..?
Akhirkanlah..
Aku mohon.
Akhirkanlah penggantungan ini..

Sunday 19 April 2015

Malam ini.. Satu Rejab

Malam ni dah masuk 1 Rejab.. Ya Allah.. Cepatnya masa berlalu..
Mudah2an aku dipanjangkan umur untuk bertemu dgn syaaban dan Ramadhan hingga ke tahun2 akan datang..
Sungguh.. Amalku belum cukup lagi untuk aku bawa sbg bekalanku ke Sana nanti. Yang tinggi menggunung hnyalah dosa yang tak trhitung bnyaknya..
Hampir 24 tahun hidup.. Tiada apa yg aku sumbangkan pada agama.. pada muslimin dan muslimat disekelilingku.. Mundurnya hidup aku.. :(

MOVE ON..
Bukan bererti aku dah putus asa.. Bukan bererti aku dah patah semangat..
Bukan beerti aku dah kalah..

Aku cuma mahu hidup tenang..
Aku cuma mahu menghargai diri sendiri..
 hidup ceria dan bahagia di samping insan2 yang sudi menghargai.

Aku cuma mahu ada kehidupan sendiri..
Tanpa tangisan kekecewaan..
Tanpa sedih dilukakan..
 Jujur aku sudah lelah.. Aku sudah penat harunginya sendiri..
Tiada petanda yang dia akan kembali..
Tiada petanda dia mahu melangkah ke arah yg pernah dia rancang sendiri.
Tinggal aku sendiri dgn bayangan janji..
Bayangan yg hanya sekadar mimpi..
Mungkin kini hny tinggal memori.

Jujur..
Aku mengetahui apa sebenarnya yg terjadi..
Cuma kau tak mampu mengakui.
Kerana kau dihimpit rasa bersalah atas khilaf sendiri..
Bukan caraku untuk mendendami.
Cukuplah dgn Yang Diatas Mengadili.
Namun kasihku mungkin tiada lagi.
Kerana jiwa ini seakan sepi..
Habis terhakis dek air mata yg tiada henti..
Cuma kasih utk keluargamu yg kekal abadi..
Cinta yang sentiasa subur mewangi.

Lupakanlah apa yg pernah terjadi..
Bebaskanlah dirimu dari belenggu dosa yg kita tempuhi..
Serahkn segalanya pada Illahi..
Kerana Dia Maha Mengampuni..
Aku pun tak mahu mengingati..
Kerana itu sejarah silam yg telah kita lalui..
Cinta yang telah kita cemari..
Dengan janji yg memakan diri..

Kiamat kian menghampiri..
Dekatkanlah sejadah di dahi.
Mohon keampunan pada illahi..
Sebelum mentari tak terbit lagi..

Aku maafkan kamu..
Teruskanlah melangkah dengan tenang..
Janganlah kau sakiti pula hatinya..
Cukuplah aku yg merasa..
Semoga kau bertemu dengan apa yang kau cari..
Semoga kau tenang dgn jalan yg kau pilih..

Maafkan salah silapku..
Maafkan aku kerana tak mampu menjadi bidadarimu..
Maafkan atas segala ketelanjuran sikapku..
Halalkan segala apa yg pernah aku ambil darimu..
Janganlah kau tuntut lagi di mahsyar nanti..

Usah di risaukan lagi tentang diri ini..
Biarkan aku sendiri..
Persiapkan diri bertemu Yang Maha Mencintai..


SELAMAT MALAM DUNIA
SALAM SATU REJAB
AKU MAHU HIJRAH..

Saturday 18 April 2015

Selamat Pengantin Baru..

Alhamdulillah.. harini berkesempatan hadir ke walimah ex clasmate mse zaman skola menengah dulu.. Syuhada.. sekelas utk setahun je tak silap.. mse tu sama2 nk amik pmr.. lps pmr dia masuk skola teknik tuanku Jaafar kat seremban.. aku stay kat semarak sbb tak taw nk pilih masuk teknik kuala klawang or bukit piatu.. huhu.. 

Okey itu cerita lama n now memasing dah berjaya.. Dia dah jadi engineer..  aku je belum brp nk berjaya sgt.. hehe.. rezeki masing2 kn..?

Tapi rezeki dia murah sikit.. hehe.. sbb dia dah nikah dulu.. I am so happy for her.. umur yg ideal utk berumahtangga.. 

Setelah bertahun2 tak jumpa kini kami berjumpa kembali.. lost contact habislah.. wedding ni pon member2 lain yg smpikan.. huhu.. 

SELAMAT PENGANTIN BARU SYUHADA.. Semoga berkekalan hingga ke syurga dan mudah2an dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.. Amiinn.. Selamat menjadi isteri yg solehah.. ;)

Jom belanja gambar siket.. 

Hanya kami wakil dari 3 Arif SMK Taman Semarak.
Wefie.. happykan diri setelah berpanas.
Smile


We are still single..? Huhu..
He is da one man yang setia bersama kami selamanya.. huhu..
Who will be the next..?

Teringin nak jadi yg seterusnya.. tapi masih belum ada calonnya.. huhu.. Sudah serik mencintai.. Kerana yang hadir tidak pernah setia.. Harap2 lepasni dapat berjumpa dgn yg betul2 mencintai utk aku mencintai dia selepas aku bernikah nnt.. insyaAllah.. Aminnn.. Nak Bercinta Lepas Nikah pulak lah.. Moga Allah Redha.. ;)


# Tak mencari yang berharta cuma mencari seseorg yg ada harta yg cukup utk kehidupan yg penuh sederhana.. Means cukuplah utk apa yg perlu je.. :)  Aku pun tak suka dimewahkan pun.. huhu.. 

# Tak mencari yang hensem.. cukuplah yang sedap mata memandang utk aku lihat setiap hari dan buat aku tenang bila melihat dia..

# Tak mencari yang warak dan alim.. cukuplah yg ada pengetahuan serba sedikit tentang agama dan sentiasa diamalkan dan tak pernah jemu utk menimba ilmu.. 

# Tak mencari yang berdarah bangsawan atau yg tinggi darjatnya.. Cukuplah sekadar insan biasa yg selalu sentiasa ikhlas dlm segala hal, menghormati org lain dan senang bergaul dgn org sekeliling.. 

# Tak mencari yang tinggi 'sado'.. Cukuplah sekadar yg sihat tubuh badan dan pandai jaga diri utk insan tersayang..

# Tak mencari yang romantik.. cukuplah yang boleh beri kasih sayang dan cinta dengan ikhlas dan pandai menghargai kelebihan dan melengkapi kekurangan pasangan.. 

# Tak mencari yang bergaji tinggi.. cukuplah dengan rezeki yang berkat untuk memberi nafkah yang semampunya.. 

# Tak mencari yang sempurna.. kerana tiada siapa yg sempurna.. Cukuplah yang mampuengakui kelemahan dan sudi memperbaiki kelemahan untuk kebaikan bersama..

# Tak mencari yang terlalu moden seleranya dan gayanya.. cukuplah yang suka makan makanan kampung sbb itu je aku boleh masak.. tapi takdelah pandai sgt.. Then aku pun bukan pandai bergaya sangat pun.. Aku pun mmg 'kampung style'.. huhu.. 

# Tak mencari yang terlalu caring.. cukuplah dengan sikap yang penyayang.. pandai menjaga hati.. penyabar serta tahu tanggungjawab kpd Allah, keluarga dan masyarakat.. 

# Calon suami merokok..? Asalkan tak sembur asap depan muka aku dah la.. Kalau cakap taknak takot dapat pulak.. jodoh kan rahsia Allah..?? 

Chill.. ;)





Thursday 16 April 2015

LEGA

Assalam..

Harini rasa macam tenang sangat..
Hati yg gundah semalam dah jadi tenang.. Hati yang gelisah dah tenteram.. Tangisan pon dah reda. Dari geram dah boleh tersenyum..

Betullah.. segala instinct yg xsedap tu mmg berkait dgn apa yg dah berlaku semalam.. Mungkin semalam aku terasa malu yang amat sangat.. Malu dgn dia.. Malu dengan Allah.. Seriusly semalam rasanya mcm teruknyaa perangai.. Tak padan dgn sikap org berhijab..

Itulah manusia.. Selagi hidup akan diuji.. mujur aku cpt tersedar.. dan aku sangat bersyukur sangat dapat kawan macam dia.. Segala pengakuan dia.. Segala apa yg dia sampaikan buat aku rasa tenang.. Buat aku rasa masih dihormati walau tak sebaik mana pun diri ni.. Yang pasti aku tahu hati dia sangat baik..

Masih ikhlas nak berkawan.. Alhamdulillah.. Harap sgt dapat jadi kawan dan sahabat yang terbaik utk dia..

Thanks.. Im trying to improve myself and treat you as well as my fren..

May Allah always bless you my friend.
Thanks for everything..

Wednesday 15 April 2015

Hmmm.. Tak Tahulah...

Mengenali orang yang kita tidak tahu latar belakang mmg susah.. Rasa mcm misteri sangat dgn aku yg berniat utk tahu macam2..

Today is one of my fren punya birthday.. supposely la kan..? Sepertimana yg dah diberitahu.. Sbb aku pon tak tahulah bila d.o.b dia yg sebenar..  so im decided to give something kat dia..

Aku mmg tak kenal dia..so tak tahu apa yg dia suka.. Based from the experience aku tahu dia suka mkn petai n makan pedas.. so aku dgn gigih meredah hujan kat pasar malam kat rumah aku mlm tadi.. just nak beli udang n petai.. konon nak buat sambal..

Rasa mengantuk yg amat sgt masa tgh buat sambal tu.. Yela selalu pukul 9 lebih dah tido dah ni pukul 11 still masak lagi..? Tapi sebab dah niat nk bagi aku teruskn..huhu..

Dengan penuh bersemangat aku wish dia pagi tadi.. sambil bagi sambal petai tu.. Dia sambut dgn muka yang penuh selamba dan ckp harini bukan birthday dia.. okey.. aku tak tahu either dia ckp betul ke tak.. sbb muka dia takde reaksi terkejut or happy.. muka rilek giler.. n aku rasa mcm nak tonyoh2 je muka dia time tu..

Harini dia slalu sgt la pulak lepak kat kedai n aku rse mcm tak tenteram.. aku rasa berdebar.. rasa mcm nak menangis n bercampur baur.. sedih.. malu.. segan.. geram.. entah lah.. at last aku menangis jugak masa lps solat zuhur n asar tadi..  rasa mcm dia tak happy dgn apa yg aku buat.. n aku dah jadi serba salah sgt..

N tibe2 lps asar tadi tiba2 rasa mcm menyesal yg amat sgt mcm aku ni baru lepas buat salah yg besar.. hahaha.. entah la.. hati tak sedap.. firasat aku selalu betul but I dont noe at this time apa yg aku rasa tu betul ke tak..

Jujur aku bertawakkal je .. at this time mmg aku rindukn murni.. yg selalu tenangkn aku if aku ada mslah hati dan akal fikiran ni.. rindukan fratello yg selalu support aku.. huhu.. Mohon Allah tenangkn hati yg gundah gulana ni.. Amiinn.. insyaAllah

Papepun to my fren.. kawan yg paling sempoi.. . Muhammad Aidil.. Selamat Hari Lahir.. Semoga pjg umur n dimurahkan rezeki Selalu.. Semoga terus menjadi insan yg baik hati.. Rendah diri dan menghormati org lain.. Moga bertambah ketaatan dlam pertambahan usia..
AMIINNN..

Monday 13 April 2015

Customer..kawan..dan..dot..dot..dot..

Assalam..

Title harini mcm citer kat tv je kan..? Huhuhu..

Actually nak cerita sikit pasal customer aku.. merangkap kawan2.. teman bicara.. teman gurauan.. penasihat terbaik.. teman suka dan duka.. huhuhu..

Salah satu sebab aku suka kerja aku sebagai "budak cafe" yg multitasking adalah kerana kawan2 yg aku dapat kat sana..

Mostly rmi customer aku adalah kawan aku n certain of them are my sahabat.. Ada yg tua.. muda.. lelaki n perempuan.

Kadang2 rasa mcm hari2 dpt kawan baru.. Bcoz aku mmg suka berkawan.. Suka memeriahkan suasana sbb taknak pk sgt mslah yg ada dpn mata.. huhu..

Harini aku dpt lepak dgn one of officer kastam.. Puan Amal.. Tak sangka disebalik muka yg cantik.. sifat yg lemah lembut.. tapi dia seorg yg baik.. borak dgn dia mcm borak dgn seorg kakak.. yes.. aku happy n feel safe sgt bila dgn sister tu.. huhu..

Then dpt teman utk pergi hiking pulak.. kerani kat kastam.. nama dia kak ning.. excited bila bual2 tgk memasing minat bnda yg sama.. sukan lasak.. itulah dia kak ning..

Then kenal dgn sorg budak kesihatan.. Shafikah namanya.. dia ok.. peramah. Open minded matang even beza setahun muda dr aku.. huhu.. Dia ni dah mcm sahabat sebab suka bantu aku.. n borak dgn dia mcm borak dgn sahabat2 aku yg aku rindu tu.. huhu.. p

Then timbalan pengarah a.k.a tuan misai.. seorang yg sgt sempoi.. tiap kali borak mesti akan buat lawak n buat aku gelak. Tak byk cerita.. rse mcm ayah aku dah tuan misai ni.. huhu..

Then tuan yy.. officer kastam yg selalu takkan lepaskn aku awal bila meeting dgn dia.. meeting pasal kerja 10minit plus meeting pasal personal selalu pling kurg stgh jam.. hahaha..

Budak2 CTM Kastam.. bhg teknologi maklumat.. asal masuk cafe konpem havoc.. japg tak kacau aku mmg tak sah.. abg zul.. karim.. cif dll yg aku tak tahu nama.. huhu..

Agen2.. sgt peramah.. hari2 akan gaduh mulut dgn aku.. sebab dorg mmg selalu buat havoc mcm kedai kopi kat kampung kan..? Huhu..

Aidil.. budak kesihatan.. huhu.. yg ni nampak mcm budak2 nakal kat kampung tapi jujur dia sgt baik.. Sepanjang aku kenal dia..nmpk dia hormat org.. even merokok takdelah nk menyembur dpn aku.. suka loyar buruk.. buat cite bukan2 n sometimes kelakar.. Aku mmg suka belnja dia ni tapi tak tahu knp.. tapi my boss pon suke blnje dia..  huhu.. mmg dia ni jenis murah rezeki kot.. huhu.. budak yg selalu aku rindu sebab jumpe dia 2 minggu je dlm sebulan.. itupon jarang2.. nasiblah.. huhu.. dia unik n aku suka gaya kampung dia. Sempoi dan selamber.. Hahaha.. senang bergaul even pemalu..
Just bnda yg buat aku risaw pasal aidil is dia makin kuruih.. hope he is fine.. huhu..

Kalau kat amc pulak paling seronok lepak dgn budak perolehan kastam. Kak nana.. syahir.. syafiq.. mimi.. sbb dorg jenis yg kelakar.. sempoi.. havoc.. nk berurusan pon senang.. dorg dah mcm family kat aku..

Ada sorg sister lagi.. yg mmg aku rapat since kat amc.. kak wan.. yg comel dan baik hati.. now tgh cuti bersalin. Huhu.. dia pon org pantai timur yg sempoi.. jenis tak kisah..

Kat MAB pon ada sorang nama kak yanti.. aku panggil dia Mak Uyung.. huhu.. Even dia tu dr aku tp dia kecik.. so nampak mcm adik2...even anak dh lima.. selalu aku paksa dia tolong aku if aku kne cater sorg2.. tapi dia baik.. boleh jadi penasihat yg baik bila sharing story.. huhu..

Actually rmi lagi customer yg jadi member aku.. huhu.. tak sempat nk cerita.. ramai sgt.. nampak sgt aku peramah sgt kn..? ppepon I am Really love them.. so muchh.. hope dapat always happykn dorg supaya saya selalu happy.. hehe..
Saya sayang customer saya.. InsyaAllah..

ALLAH.. Jaga mereka yg aku syg dari fitnah dunia.. fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman.. moga mereka sentiasa dlm keadaan yg Engkau redhai.. Aminnn..

Sunday 5 April 2015

Coretan utk sahabat..

Bismillah..

Alhamdulillah.. Syukur sangat2 bila tengok sahabat2 baik dah bernikah..
Antara 2 sahabat yg paling rapat masa kat uni dulu..

MURNI dan KAK FATHIN.

Kak fathin.. walaupun dia kakak tapi dia seorang yg kecil molek je.. selalu kena dukung dgn aku.. Orang jauh nun di Perlis.. Sangat ceria dan sangat menjaga adik2 dia ni dgn baik.. Kak fathin sgt penyayang..
 Perkataan yg dia paling suka sebut bila marah or geram dgn aku dulu adalah "ayam".. Kak fathin selalu menjadi penenang saat aku sedih dulu.. Menjadi teman bicara aku untuk aku berkongsi masalah..
Kak Fathin tak pernah lokek dgn ilmu.. Selalu belanja adik2 dia ni mcm2.. huhu.. Kak fathin selalu jadi teman sebantal aku. Sebab aku suka p tdoq bilik dia.. hehe.. Pernah sekali saat kami dah berjauhan dpt berita pasal kak fathin accident.. mmg aku rasa time tu jugak nk brangkat p Perlis.
 Tapi Alhamdulillah semuanya dah selamat sampailah la ni kak fathin pon dah selamat nikah dgn jodoh terbaik yang Allah beri untuknya. Saat aku dgr berita psal kakfathin nk nikah aku menangis. Rasa happy n rasa sedih sbb tak dpt nk manja2 mcm dulu..
Tapi apapun aku tetap doakan moga kak fathin bahagia hingga ke syurga bersama suami tercinta. Dikurniakan cahaya mata yg comel dah soleh.. insyaAllah..
I LOVE U KAK FATHIN..
PLEASE BE MY TRUE FRIEND TILL JANNAH..
MMMUUAAAHHHH...

MURNI
Seorang sahabat yg sangat2 cantik.  Lemah lembut.. pun orang utara.. nun jauh di Langkawi..
Sangat mencintai Rasulullah..  selalu cerita pasal Rasulullah kat aku.. itulah my bedtime story kalau tidur sama2..
Sentiasa menjadi sahabat aku.. saat susah n senang.. Teman sama2 gelak.. sama2 nangis..
Selalu sama2 bg kekuatan bila sama2 down dengan tekanan..
Perkara yang paling baik ttg murni.. Selalu bersangka baik dgn org lain.. Sangat kuat saat disisih..
Yep.. aku sgt admire kekuatan yang dia ada dlm kelembutan yg dia tunjukkan..
Now ni murni dah ada teman baru.. sentiasa ada dgn suami tercinta.. i am so happy for u dear.. tapi still sedih sbb tak boleh dah nk kacau bini org sesuka hati.. Takboleh nk bergayut lama sgt mcm selalu dah.. Hehe..
Thanks for being my sahabat..
Moga murni dan baie bahagia n kekal hingga ke syurga.. dikurniakan zuriat yg comel2 dan soleh..
insyaAllah..
LOVE U MURNI.. Please Keep in touch sampai bila2..

Dear sahabat.. kita dah bina mcm2 memori sepanjang ukhuwah ni.. Mohon kenang dan simpan dlam hati dan ingatan...
Salam kemaafan andai ada salah dan silap.. Thanks sbb dah ajar kita ckp loghat utara.  Hehe..
mmmuuaaahhh.. love uolss till jannah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...