Malam ni dah masuk 1 Rejab.. Ya Allah.. Cepatnya masa berlalu..
Mudah2an aku dipanjangkan umur untuk bertemu dgn syaaban dan Ramadhan hingga ke tahun2 akan datang..
Sungguh.. Amalku belum cukup lagi untuk aku bawa sbg bekalanku ke Sana nanti. Yang tinggi menggunung hnyalah dosa yang tak trhitung bnyaknya..
Hampir 24 tahun hidup.. Tiada apa yg aku sumbangkan pada agama.. pada muslimin dan muslimat disekelilingku.. Mundurnya hidup aku.. :(
MOVE ON..
Bukan bererti aku dah putus asa.. Bukan bererti aku dah patah semangat..
Bukan beerti aku dah kalah..
Aku cuma mahu hidup tenang..
Aku cuma mahu menghargai diri sendiri..
hidup ceria dan bahagia di samping insan2 yang sudi menghargai.
Aku cuma mahu ada kehidupan sendiri..
Tanpa tangisan kekecewaan..
Tanpa sedih dilukakan..
Jujur aku sudah lelah.. Aku sudah penat harunginya sendiri..
Tiada petanda yang dia akan kembali..
Tiada petanda dia mahu melangkah ke arah yg pernah dia rancang sendiri.
Tinggal aku sendiri dgn bayangan janji..
Bayangan yg hanya sekadar mimpi..
Mungkin kini hny tinggal memori.
Jujur..
Aku mengetahui apa sebenarnya yg terjadi..
Cuma kau tak mampu mengakui.
Kerana kau dihimpit rasa bersalah atas khilaf sendiri..
Bukan caraku untuk mendendami.
Cukuplah dgn Yang Diatas Mengadili.
Namun kasihku mungkin tiada lagi.
Kerana jiwa ini seakan sepi..
Habis terhakis dek air mata yg tiada henti..
Cuma kasih utk keluargamu yg kekal abadi..
Cinta yang sentiasa subur mewangi.
Lupakanlah apa yg pernah terjadi..
Bebaskanlah dirimu dari belenggu dosa yg kita tempuhi..
Serahkn segalanya pada Illahi..
Kerana Dia Maha Mengampuni..
Aku pun tak mahu mengingati..
Kerana itu sejarah silam yg telah kita lalui..
Cinta yang telah kita cemari..
Dengan janji yg memakan diri..
Kiamat kian menghampiri..
Dekatkanlah sejadah di dahi.
Mohon keampunan pada illahi..
Sebelum mentari tak terbit lagi..
Aku maafkan kamu..
Teruskanlah melangkah dengan tenang..
Janganlah kau sakiti pula hatinya..
Cukuplah aku yg merasa..
Semoga kau bertemu dengan apa yang kau cari..
Semoga kau tenang dgn jalan yg kau pilih..
Maafkan salah silapku..
Maafkan aku kerana tak mampu menjadi bidadarimu..
Maafkan atas segala ketelanjuran sikapku..
Halalkan segala apa yg pernah aku ambil darimu..
Janganlah kau tuntut lagi di mahsyar nanti..
Usah di risaukan lagi tentang diri ini..
Biarkan aku sendiri..
Persiapkan diri bertemu Yang Maha Mencintai..
SELAMAT MALAM DUNIA
SALAM SATU REJAB
AKU MAHU HIJRAH..
No comments:
Post a Comment