Sunday 15 January 2017

Kata Hati

Duhai hati
Akan aku serahkanmu kepada Yang Berkuasa Memegang hati
Hanya Dia yang tahu siapa yang selayaknya memiliki

Saban hari ujian hati semakin kuat
Saban hari juga aku makin lemah
Dan Pergantungan aku hanya pada Dia
Kerana aku masih buntu
Jalan manakah yang selayaknya aku pilih

Menepis diri dari satu pengharapan
Menidakkan segala rasa yang kian timbul
Menjauhkan dari sesuatu yang dekat
Menolak bahagia yang sentiasa hadir

Allah
Tiada daya untuk aku menidakkan takdirMu
Mohon bentangkan jalan KasihMu
Tujukan aku pada jalan RedhaMu
Hanya Engkau sebaik2 pergantungan
Uruskan hatiku
Mudahkanlah
Redhakanlah

Aminn Ya Rabb. 

Saturday 10 December 2016

Assalamualaikum.

Tahun 2016 semakin melabuhkan tirainya.
Bagi aku, tahun ni adalah tahun yang sangat bermakna untuk aku.
Tahun hijrah untuk diri aku.

Perkara yang paling istimewa terjadi dalam tahun ni adalah pada ulangtahun kelahiran aku,
Di mana aku celebrate kat dalam Akademi Kastam DiRaja Malaysia, Melaka.
Benda yang aku paling tak pernah terfikir untuk terjadi kat aku.

Alhamdulillah. 
Aku percaya, berkat sabar dan doa, Allah berikan aku hadiah yang sangat indah untuk aku kenang sampai bila2.
Tiada daya untuk aku ucap rasa syukur selain tunduk sujud kepadaNya.
Aku terpilih untuk bekerja dalam Kastam.
Sejujurnya, tak pernah aku terfikir untuk bekerja dalam badan beruniform.
Tapi aku terima dengan apa yg telah Allah tetapkan sebagai salah satu jalan hijrah aku.
Mudah2an, jalan ini yang terbaik untuk aku dan family n insan2 yang aku sayang.
inshaaAllah.

Sekarang aku dah ada kat Langkawi.
Berada di sini untuk bekerja.
Mulakan hidup yang baru, dengan kawan2 yang baru, suasana yang baru, realiti dunia yang baru.
Pernah aku minta kat Allah "Ya Allah, seandainya boleh, teringin sangat dalam tahun ni, aku nak naik flight pergi mana2 walaupun dalam Malaysia. Sungguh aku teringin sangat."

Pernah jugak plan nak pergi Langkawi, tapi plan tak jadi.
Hakikatnya, Allah dah plan yang terbaik untuk aku.
Dapat kerja kat Langkawi n naik flight berulang2 kali.
Doa dan sabar, 2 benda penting yang aku tak pernah berhenti buat dlm hidup aku.

Segala apa yang terjadi aku terima dengan hati yang lapang.
Sgt banyak nikmat yang harus aku syukuri dari mengeluh dengan ujian2 yang kecil.
40 hari aku di Langkawi, Allah beri aku ujian sakit.
Aku redha dan bagi aku itu sekadar ujian untuk menghapuskan dosa2 kecil.
Mudah2an.. Aminnn. 

Dari Akmal aku dapat teman sebilik yang sangat baik.
Kak sarah, Ina, Kaka.. Doranglah penyeri aku kat sini bila rindu kat family.
Alhamdulillah, partner kerja pun dapat yang best.
1st partner perempuan, tapi senang nak tolak ansur. Tak byk kerenah.
2nd partner lelaki. Baik sangat. Jaga aku macam menatang minyak yang penuh.
Nasib la current partner ni tunang orang, klu tak aku rse boleh cair hati aku ni.
Mohon hati aku terus kuat. 
Kadang2 menangis jugak, terpikir kenapa la ada orang yang sebaik dia ni. 
Sebab aku tak pernah jumpa orang macamni selama ni exception utk abah n siblings la.
Hahahaha..

Nak kata cari jodoh kat sini, aku tak pikir lagi buat masa sekarang.
I am not ready yet. Selesa hidup bujang dengan kawan2 yg ada sekarang.
So tahun ni bukan tahun cari jodoh kot. hahaha
Tahun depan maybe.. Hmm.. sbb umur pun dah patut ada teman  hidup.
Semoga jumpa yang bukan suami orang, bukan tunang orang, bukan kekasih orang.
InshaaAllah.. Amiin..

Tahun ni jugak dapat menunaikan hajat untuk ada lesen kereta.
Tak sabar nak ada kereta sendiri pulak, 
Ada rezeki maybe tahun depan.
Tapi yang paling aku teringin, nak pergi Tanah Suci Mekah.
Tapi dengan semua family members. Moga tercapai hajat.
Kalau dapat pergi dengan suami pun ok jugak. hahaha <berangan jap>

Apa2pun, moga tahun depan adalah tahun yang lebih baik untuk aku..
Aku akan merancang tapi aku tahu perancangan Allah adalah yg terbaik.
Yakin pada diri, teruskan usaha dan jangan pernah mengalah okayy.

Sekian.







WEDDING BFF

Assalamualaikum.

Lama tak update story. Bila dah masuk bulan 12 ni memang musim orang kawen kan?
So kita cerita pasal org kawen okay..?

Special entry for you my dear friend.

Nazatul Zulaika Binti Suhaimi. 
Kita jumpa kat lendu. Sama2 geng dlm JPM kan, Kita sama level kat blok.
Apa yg buat kita rapat? Tak silap sbb kita sama2 ko-ko. 
Sampai satu masa, kau pernah tumpang tido kat bilik aku, sekatil n sebantal dgn aku.
Masa tu tak igt sgt sebab apa. hehe
Start dari tu kita rapat.

Tahniah sebab dah melengkapkan separuh dari iman.
Kau dah pegang kunci syurga Naz. 
Kau dah selamat bernikah dengan lelaki yg berjaya tawan hati kau.
Bukan senang nk tawan hati kau kan..? Berani betul dia. hahaha

Aku doakan lepasni kau dipermudahkan segala urusan dalam rumahtangga.
Sejujurnya aku happy sgt sebab dah ada orang yang jaga kau.
I know he loves you so much naz.
Jangan degil2 lagi okay. Kena sopan2 sikit. hehehe
Tak boleh da buat macam kau dengan aku dulu. Nak ganas2 bagai.
Kalau jumpa aku ganas2 takpe, Dengan suami kena layan dengan kasih sayang okayy.. hahaha

Aku nak mohon ampun dan maaf sebab tak mampu nak tunaikan hajat kau utk aku jd pengapit.
Sebabtu aku usahakan jugak untuk balik Nilai, atleast boleh hadir kat majlis kau.
Alhamdulillah syukur tengok kau happy.
Jangan sedih2 lagi k? 
Aku percaya mr suami boleh jaga kau dengan baik.

Semoga menjadi isteri solehah untuk suami tercinta.
Selamat menempuh alam rumahtangga.
Semoga kekal hingga hujung nyawa seterusnya ke syurga.
Aku sayang kau Nazatul Zulaika.

SELAMAT PENGANTIN BARU..!!!!

Jom belanja gambar pengantin n mini reunion geng JPM.
Seriusly rindu dah bertandang kembali.








p/s : 
Doakan aku pulak ye naz. InshaaAllah sedang mencari. Kalau ada jumpa sesape boleh la nak htr resume kat aku. hehehehehe.. Guraw je.
Apa2pun, kau akan tetap jadi sahabat aku sampai bila2. 

Saturday 3 September 2016

MAKIN DICANTAS MAKIN BERTUNAS

Kau hadir tanpa diundang.
Makin aku cuba buang,makin kau bertandang.

Aku tak pernah duga perasaan sebagai kawan boleh berubah sekelip mata.
Tapi aku pasti, kau datang bukan sebagai pengganti yang pergi,
Kerana kau bertandang saat pintu hati aku telah tertutup rapat untuk insan bernama lelaki.

Saat aku sedang kecewa, semua yang datang aku tolak,
Aku tak mahu sakit lagi.
Aku lelah dengan permainan insan2 yang tiada hati.

Sungguh aku tak mahu ada sesiapa lagi yang bertahta di hati.
Cukup dengan keluarga dan sahabat yang sejati.
Untuk aku tabur cinta aku yang sejati tanpa rasa takut disakiti.

Mama.. Insan yang amat aku sayangi.
Dia memujuk untuk aku buka hati.
Kenali insan seperti engkau yang dia senangi.

Aku cuba kuak pintu yang tertutup,
Sedikit demi sedikit.
Sampai satu saat,
Allah pertemukan aku dan engkau.

Allah izinkan aku melihat kebaikanmu,
Tersentuh hati saat melihat kau mendampingi ibumu.
Bukan hanya sekali.
Terkedu. Masih ada insan sebegini?

Asbab kebaikanmu,
Aku cuba luaskan pintu hati ini untuk mengenalimu.
Aku niatkan kerana mencari Redha Illahi
Agar aku tidak sakit lagi.

Satu persatu pertemuan,
Buat kita lebih akrab,
Hingga kini hampir setiap minggu kita akan bertemu.
Dan dari situ, aku cuba mengenali
Siapa sebenarnya dirimu yang telah mencuri perhatian ibuku.

Makin lama makin terserlah kebaikanmu,
Tidak lupa juga kekuranganmu.
Aku senang hati melihatmu dari sisi yang kurang.
Kerana aku tahu manusia itu tidak sempurna.
Aku senang melihat kesederhanaanmu.
Dari dalam setiap segi hidupmu.

Kau insan yang luar biasa di mata aku.
Dan aku sedar, aku bukan siapa2 untuk berdamping dengan insan sehebatmu.
Ramai insan yang lebih layak mendampingimu.

Aku insan hina,
Tiada apa2 yang boleh dibanggakan.
Tapi inilah aku, apa yang kau lihat di matamu itulah aku.

Aku tahu,
Berniat untuk memilikimu sebagai imamku hanyalah sebuah angan-angan
Tetapi
Mendekatimu sebagai sahabat dan teman adalah kenyataan.
Dan kenyataan itu yang harus aku terima.

Angan-anganku kembang mekar saat aku mendengar abangmu mendoakan,
Saat itu hanya hati yang menangis gembira.
Tiada apa yang mampu aku ungkapkan selain dari rasa syukur.
Melihat keredhaan dari ahli keluargamu.

Tapi hati itu pada kamu.
Yang aku tahu pasti tiada ruang untuk aku.
Kerana anganku masih tetap dalam doaku.
Sedangkan kenyataan di depan mataku adalah apa yang ada di dalam hatimu,
Rakan, teman dan sahabat
Mungkin itu yang kau lebih inginkan dari bicara tentang hati.
Melihat setiap tingkahmu telah jelas buat aku mengerti. 

Aku tidak terluka
Tetapi tetap ada rasa sedih saat hajat tak kesampaian.
Soal hati tetap milik Allah
Aku serahkan segalanya padaNya dengan sepenuh keyakinan
Akan aku biarkan pintu ini tertutup kembali
Hingga saat Allah gerakkan untuknya terbuka sendiri.

Tiada lagi daya untuk aku mengejar cinta duniawi
Kerana aku lebih yakin tentang mati yang kian mendekati
Sedaya upaya aku muhasabah diri.
Semoga cukup bekalan untukku di Sana nanti.

I.I.
Kau akan sentiasa dalam hati,
Kerana hadir dan pergi dengan cara yang aku kagumi.
Semoga kau sentiasa dirahmati
Berbahagialah disamping insan2 yang disayangi
Semoga bertemu dengan insan yang kau senangi.

Terima kasih kerana masih setia di sisi
Biarpun bukan aku di dalam hati.
Tetapi kerana kasih dari sahabat yang sejati.

Maafkan aku atas perasaan ini.
Semuanya hadir tanpa aku pinta.
Moga kita akan kembali bersama seperti sediakala.

Aku sayang kau kerana Allah.
Alhamdulillah.  :)


Saturday 30 July 2016

Sahabat Syurgaku

Saya ada seorang kawan
Nama dia Iffi Athirah binti Zulkefli
Tengok nama pun dah comel kan?'
Yep dia memang comel. hehee


Aku kenal dia sejak dari PLKN.
Tapi kat PLKN aku tak pernah rapat dengan dia.
Tegur pun kadang2 je.
Tambah lagi sebab dia power main sports.
So aku tak suka sbb kompeni dia slalu menang sports klu ada pertandingan kat kem. 
Berapa ramai budak power sports dlm kompeni dia.
Dia sendiri pun dah power. hahaha.

Lepas PLKN, ditakdirkan kitorang dapat satu kampus
UITM Melaka Cawangan Alor Gajah.
Dapat pulak satu blok kolej.
Aku tingkat atas, dia tingkat bawah. Bilik dekat2 je.
Cuma jurusan tak sama.
Masa ko-ko part 3 baru sama course. Netball.
Dia atlet Karisma. Wakil UiTM.
Aku ahli ko-ko biasa je. So tegur kadang2 je pun. haha

6 sem kat lendu, tak pernah balik nilai sama2.
Tak pernah pergi makan sama2.
Tak pernah pergi masjid sama2.
Apatah pergi kelas sama2, lagi la tak pernah.
Lepak2 sama2 pun tak pernah.
Bila jumpa sekadar "hai hai"je. hahaha

Habis Diploma, dia sambung degree
Aku tak sambung degree atas tanggungjawab pada family.
Lepastu aku lost contact.
Agak2 bila dia dah habis degree tu barulah jupa FB dia balik,
Tengok dia time tu dah lain dari dia kat Lendu dulu.
Alhamdulillah dia dah byk hijrah kepada yang lebih baik.

One day, budak PLKN buat group wasapp..
So kat situ kitorang jadi rapat balik.
First meet, pergi wedding mira kat Jelebu.
2nd meet pulak pegi reunion PLKN kat Port Dickson.
Sejak daritu kitorang jadi rapat.
Lebih rapat dengan group kecik, (aku, iffi, man, mimi, aidil)
Group yang selalu jumpa n lepak sama2.

Alhamdulillah rapat sampai sekarang.
Kenal rapat dengan dia sekejap je.
Banyak kisah share story, share masalah.
Dia selalu menjadi pendengar yang baik.
Selalu jadi penasihat yang baik.
Selalu jadi peneman yang baik.

Sejujurnya dia kawan yang pelik.
Sentiasa utamakan kawan2 dia dari diri dia.
Tapi dia tak pernah abaikan family dia.
Sentiasa jaga hati dan perasaan kawan2 dia.

Tahun 2015, aku kehilangan seorang insan yang pernah aku cinta
Tapi Allah hadiahkan aku dengan seorang sahabat yang setia, yang mulia hatinya.
Dia tak suka, dia tak pernah mengeji, malah menegur dan memperbaiki.

Dia bukan ustazah. Dia bukan ahli agama.
Dia hanya insan biasa tetapi sangat murni hatinya.
Jarang sekali mengeluh saat diuji.
Sentiasa ceria walau  tengah menanggung sakit.

Iffi,,
Saat aku sedih, kau akan menenangkan aku,
Tak pernah kau biarkan aku sedih sendiri.
Saat aku jatuh, kau tak pernah tinggalkan aku,
Kau sentiasa ada memberi semangat walaupun dari jauh.
Saat aku gembira, kau antara insan yang paling bahagia.
Sebab kebahagiaan kawan2 kau adalah keutamaan kau.
Saat aku salah, kau sentiasa menegur,
Tanpa sedikitpun kau mengguris hati aku.
Saat aku berhajat, kau seboleh mungkin menunaikan.
Kerana kau tak mahu melihat aku berduka.

Aku ingat lagi, masa birthday aku tahu lepas,
Kau datang rumah aku, buat surprise,
Bagi hadiah big apple.. hahaha
1st time aku dirai oleh sahabat aku tanpa aku minta.
Terharu gilaaaa weyhh..

Alhamdulillah.
Sampai sekarang kita dah macam belangkas.
Hari2 wasapp nonstop dari pagi sampai malam.
Kalah zaman aku bercinta dulu. haha
Kalau tak balas, mesti masing2 risau. 
Kalau salah sorang moody, mesti masing2 dapat rasa.

Aku ingat lagi, saat kau diuji dengan perkara yang menyedihkan, 
Tanpa sedar aku menangis sendiri.
Terusik sangat hati aku saat melihat kau disakiti.
Tapi aku melihat kau lebih tabah sebagai insan yang diuji..

Iffi.
Kau sahabat aku yang banyak buat aku rse kuat untuk move on.
Kau sahabat aku yang banyak sangat bersusah payah untuk buat aku tersenyum.
Kau sahabat aku yang sentiasa memberi teguran yang mendamaikan.

Aku tahu aku kasar.
Dan kau je yang senang hati melayan perangai kasar aku.
Kau terima segala kekurangan aku tanpa umpatan dan kejian.
Sebab aku tahu, tak ramai yang boleh menerima kekurangan aku ni dgn ikhlas,

Iffi.
Aku bersyukur ada kau sebagai sahabat aku.
Takde apa yang mampu aku buat untuk balas semua kebaikan kau.
Hanya doa yang terbaik untuk kau setiap hari yang mampu aku panjatkan.
Semoga Allah hadiahkan syurga yang tertinggi untuk insan semulia kau sahabat,

Aku sayang kau Iffi Athirah Zulkefli.
Sayang dunia akhirat.
Sahabat sampai Syurga.

Terima kasih untuk semua kebaikanmu,
Terima kasih Allah.
Syukur Alhamdulillah.













Monday 28 March 2016

UNTITLED

Assalamualaikumm.

Lama tak update blog..
Harini nk cerita sesuatu yg dah buat aku rse sedih..

Sejak aku kenal rapat dgn I.I, aku tak tahu kenapa aku rasa ada sesuatu pd dia yang buat aku tenang sangat.
Memang.. kadang2 cakap dengan dia memang menyakitkan hati..
Sebab dia suka bahan orang. Tambah2 kalau ada buah hati dia Mr.Z. Lagi la galak membahan..
Tapi aku dah biasa kne bahan. Wat lek je.

So apa yang buat aku sedih..?
Actually, past few weeks, I went to melaka with them..
A day after, dapat plak news psal ayah I.I meninggal.
At that time aku rse sedih sgt.. Rasa mcm ayah aku yg pergi.
Dan aku rasa ralat sebab ktorang baru je balik dr Melaka n tetba dapat berita sedih.

Aku bersyukur sbb arwah ayah I.I tak pergi masa kami kat melaka.
Lepas dpt news, immediately aku menangis.. I dont know why.
Mama yg tenangkan aku..

Sebabtu aku nekad utk ada tiap malam I.I buat tahlil..
Aku lebih utamakan friendship dr prasaan hati aku kat dia..

Baru2 ni aku bce status wasapp dia..
Macam kehilangan seseorang yang dia sangat sayang.. Dan I guess orang itu perempuan.. "Tenanglah di sana diariku"
Yeah.. you might love somebody else.. n I dont know whom.
I.I I know u r sad right now.
Nak sangat tahu apa yang terjadi tapi aku tahu aku bukan siapa2 untuk tahu semua tu.
Even ko tak cerita apa2, but I noe ko tgh sedih.
Even sejak arwah ayah ko meninggal pon aku tak pernah nak happy lagi..

I.I.. ko nak taw tak?
Setiap kali lepas solat aku doakan moga ko diberikan kekuatan..
Moga Allah permudahkan urusan ko dunia dan akhirat..
Aku harap kau tabah.. teruskn hidup dan mencari bekalan utk hidup di akhirat nanti.. inshaaAllah.

Aku tak sedih kalau prasaan aku ni kau abaikan.
Sebab benda yang paling buat aku sedih bila tgk ko sedih.
Speedy recover I.I..

Saturday 4 July 2015

Terapi untuk Move On.. Wake up Girl..!

Bismillahirrahmanirrahim

                Harini macam aku rasa malas sangat. Maybe sebab kaki aku injured so aku tak byk gerak. Banyak duduk dan rehat. Badan pon rasa tak sedap. Nasib baiklah time kaki aku injured haritu ada kawan baik aku ni sudi tompangkan aku utk hantar aku ke stesen bas. Sebabnya aku dah tak larat sangat nak jalan kaki tambah2 tgh puasa kan..? Merasalah jugak kau naik Neo Putih dia. Thanks sahabatku yang berhati mulia..

                So dah bosan-bosan kat rumah sebab tak larat nk buat kerja, aku pun mencari la teman nak berbual. Puasa kan..? Nak makan pon tak boleh. I am very lucky bcoz one of my sister was on leave. She is a customs officer. She is one of my new frens, new sister. She is such an adorable woman, so nice and pretty. Dah kahwin dan ada anak seorang dalam perut ada sorang lagi.. hehe

                Macam biasa, kalau berbual dengan dia selalunya aku akan borak pasal man, carrier or recipe. So harini borak pasal my prob.  Actually it is not a problem at all. It is just that i need some advise to ensure that i will not do the same mistakes that i have done before.

                Satu ayat yang dia mention kat aku..

                "Masa cepat berlalu. Umur perempuan banyak rugi sebab tunggu laki2 yang salah. Buang masa". Aku rasa macam setepek kena kat batang hidung aku. Tapi aku tahu apa yg my sis cakap tu mesti dari pengalaman dia sendiri.

                Yes. Apa yang my sis cakap tu memang betul. Menanti seorang lelaki yang belum tentu nak nikah dengan kita bertahun2 akan membuatkan kita menutup peluang untuk orang lain mengenali kita. Umur semakin lama semakin meningkat. Bercinta tak sudah. Tunang tak. Nikah apatah lagi kan?

                Kita yang perempuan ni setia lah 'konon' hingga hujung nyawa kan? Tapi last2 kena tinggal. Kena main. Dengan lelaki yang kita setia sangat tu sampai tolak orang kiri kanan yang betul2 nak kenal dengan kita. Even dah kena main pun still nak tunggu dengan harapan lelaki tu sedar dan kembali dengan kita untuk nikah dan bina rumahtangga yang bahagia. Drama sangat kan..? Tapi kehidupan realiti tak sama macam drama2 tv tu. Tapi tak dinafikan jugak ada yg berlaku di alam realiti cuma ianya jarang2 berlaku.

                Then my sis pesan lagi..

                " Berkawan je ramai2.. Jangan fokus pada seorang je.. Ada orang niat nak berkawan, beri peluang.. Awak muda lagi.. Jangan buang masa & jual mahal sangat.. Kawan ramai2 insyaAllah akan buat kita lagi matang so nanti senang nak buat pilihan yang terbaik.. Kita perempuan ada hak untuk memilih, bukan lelaki je boleh memilih.. "

                " Kawan je.. Dalam berkawan tu try cari or pertimbangkan orang yang betul2 nak kat kita.. Yang betul2 hargai kita.. Rugi kalau pilih orang yang tak berapa nak kat kita.. Jangan dia nak kat kita sebab terdesak sebab dia tak jumpa orang lain.. ''

                " Jodoh ni urusan Allah kan..? Jadi jangan fokus pada yang satu dalam berkawan.. Jangan memilih dalam berkawan.. Bila rasa betul2 bersedia dan serius baru fokus pada yang satu.. Buat pilihan elok2 ye.. "

                Apa yang sis tu cakap ada benarnya. Memang sekarang ni aku niat nak berkawan je dengan semua orang. Sebab bila aku berkawan, aku akan jadi diri aku sendiri dan kat situlah sebenarnya kalau orang tu nak menilai aku kalau dia betul2 suka kat aku. Kat situlah dia nak cari kekurangan aku untuk dia terima aku seadanya. EH..?

                Alhamdulillah..  Sekarang ni aku dah pun ada kawan2 yang boleh terima perangai aku yang degil ni, yang gedik, yang gila2.. Kawan2 aku pun dari bermacam2 latar belakang sebab most of them are my customers. So hopefully aku boleh tambah lagi friendlist aku. Just ada certain2 orang yang aku terpaksa mengelak contohnya orang lelaki yang dah bernikah, dah ada isteri dan anak tapi perangainya gatal gila dan tak sedar diri bajet bujang..

                So far aku takde nak memilih kawan. Handsome ke tak. Kaya ke tak. Berpangkat ke tak.  Aku just harap kawan2 aku tu ikhlas nak berkawan dan tak mengharap lebih. Apa pun pandangan dorang kat aku, aku tetap dengan prinsip 'úkhuwah fillah'.. InsyaAllah.

                Mencari kawan yang ramai ni is one of the best way for those who were just break off from their love relationship.. So that dia takdelah nak blame takdir ke. Takdelah nak frust menonggeng ke. Cara ni pon boleh jadi terapi kat diri kita untuk dapatkan balik semangat dalam meneruskan kehidupan kita seperti biasa. Rileks la. Boyfriend or girlfriend kita boleh cari ganti. Setakat hilang diorang takpayah lah sampai nak bunuh diri. Kita kan ada mak ayah lagi, ada adik beradik, ada family dan kawan2 or sahabat yang selalu support kita. Paling tak pun kita ada Allah yang boleh beri kita yang lebih baik dari apa yang kita pernah ada. insyaAllah.

                Yakinlah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dia kan..? Yang penting kita jangan lupa untuk muhasabah diri kita balik. Cari kekurangan dan usaha untuk perbaiki.. Putus cinta ni bukan sebab untuk kita jadi lebih teruk.. Kita putus cinta because we deserve a better person for a better life. Bersangka baik dengan Allah dan jangan pernah putus harap pada Allah.. Ok..?

                Aku ni bukan doktor cinta ke.. Pakar motivasi ke.. Yelah bercinta pun failed inikan pulak nak beri nasihat. Aku just nak kongsi nasihat2 yang aku terima dari insan2 yang berpengalaman. Moga2 memberi manfaat untuk kita semua ye. Yang pasti aku tulis ni sebab aku pun nak move on. Wish me luck.. May Allah ease everything. Amiinn.

Dear past, thank you for all the lessons.

Dear future, I am ready..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...