Saturday, 30 July 2016

Sahabat Syurgaku

Saya ada seorang kawan
Nama dia Iffi Athirah binti Zulkefli
Tengok nama pun dah comel kan?'
Yep dia memang comel. hehee


Aku kenal dia sejak dari PLKN.
Tapi kat PLKN aku tak pernah rapat dengan dia.
Tegur pun kadang2 je.
Tambah lagi sebab dia power main sports.
So aku tak suka sbb kompeni dia slalu menang sports klu ada pertandingan kat kem. 
Berapa ramai budak power sports dlm kompeni dia.
Dia sendiri pun dah power. hahaha.

Lepas PLKN, ditakdirkan kitorang dapat satu kampus
UITM Melaka Cawangan Alor Gajah.
Dapat pulak satu blok kolej.
Aku tingkat atas, dia tingkat bawah. Bilik dekat2 je.
Cuma jurusan tak sama.
Masa ko-ko part 3 baru sama course. Netball.
Dia atlet Karisma. Wakil UiTM.
Aku ahli ko-ko biasa je. So tegur kadang2 je pun. haha

6 sem kat lendu, tak pernah balik nilai sama2.
Tak pernah pergi makan sama2.
Tak pernah pergi masjid sama2.
Apatah pergi kelas sama2, lagi la tak pernah.
Lepak2 sama2 pun tak pernah.
Bila jumpa sekadar "hai hai"je. hahaha

Habis Diploma, dia sambung degree
Aku tak sambung degree atas tanggungjawab pada family.
Lepastu aku lost contact.
Agak2 bila dia dah habis degree tu barulah jupa FB dia balik,
Tengok dia time tu dah lain dari dia kat Lendu dulu.
Alhamdulillah dia dah byk hijrah kepada yang lebih baik.

One day, budak PLKN buat group wasapp..
So kat situ kitorang jadi rapat balik.
First meet, pergi wedding mira kat Jelebu.
2nd meet pulak pegi reunion PLKN kat Port Dickson.
Sejak daritu kitorang jadi rapat.
Lebih rapat dengan group kecik, (aku, iffi, man, mimi, aidil)
Group yang selalu jumpa n lepak sama2.

Alhamdulillah rapat sampai sekarang.
Kenal rapat dengan dia sekejap je.
Banyak kisah share story, share masalah.
Dia selalu menjadi pendengar yang baik.
Selalu jadi penasihat yang baik.
Selalu jadi peneman yang baik.

Sejujurnya dia kawan yang pelik.
Sentiasa utamakan kawan2 dia dari diri dia.
Tapi dia tak pernah abaikan family dia.
Sentiasa jaga hati dan perasaan kawan2 dia.

Tahun 2015, aku kehilangan seorang insan yang pernah aku cinta
Tapi Allah hadiahkan aku dengan seorang sahabat yang setia, yang mulia hatinya.
Dia tak suka, dia tak pernah mengeji, malah menegur dan memperbaiki.

Dia bukan ustazah. Dia bukan ahli agama.
Dia hanya insan biasa tetapi sangat murni hatinya.
Jarang sekali mengeluh saat diuji.
Sentiasa ceria walau  tengah menanggung sakit.

Iffi,,
Saat aku sedih, kau akan menenangkan aku,
Tak pernah kau biarkan aku sedih sendiri.
Saat aku jatuh, kau tak pernah tinggalkan aku,
Kau sentiasa ada memberi semangat walaupun dari jauh.
Saat aku gembira, kau antara insan yang paling bahagia.
Sebab kebahagiaan kawan2 kau adalah keutamaan kau.
Saat aku salah, kau sentiasa menegur,
Tanpa sedikitpun kau mengguris hati aku.
Saat aku berhajat, kau seboleh mungkin menunaikan.
Kerana kau tak mahu melihat aku berduka.

Aku ingat lagi, masa birthday aku tahu lepas,
Kau datang rumah aku, buat surprise,
Bagi hadiah big apple.. hahaha
1st time aku dirai oleh sahabat aku tanpa aku minta.
Terharu gilaaaa weyhh..

Alhamdulillah.
Sampai sekarang kita dah macam belangkas.
Hari2 wasapp nonstop dari pagi sampai malam.
Kalah zaman aku bercinta dulu. haha
Kalau tak balas, mesti masing2 risau. 
Kalau salah sorang moody, mesti masing2 dapat rasa.

Aku ingat lagi, saat kau diuji dengan perkara yang menyedihkan, 
Tanpa sedar aku menangis sendiri.
Terusik sangat hati aku saat melihat kau disakiti.
Tapi aku melihat kau lebih tabah sebagai insan yang diuji..

Iffi.
Kau sahabat aku yang banyak buat aku rse kuat untuk move on.
Kau sahabat aku yang banyak sangat bersusah payah untuk buat aku tersenyum.
Kau sahabat aku yang sentiasa memberi teguran yang mendamaikan.

Aku tahu aku kasar.
Dan kau je yang senang hati melayan perangai kasar aku.
Kau terima segala kekurangan aku tanpa umpatan dan kejian.
Sebab aku tahu, tak ramai yang boleh menerima kekurangan aku ni dgn ikhlas,

Iffi.
Aku bersyukur ada kau sebagai sahabat aku.
Takde apa yang mampu aku buat untuk balas semua kebaikan kau.
Hanya doa yang terbaik untuk kau setiap hari yang mampu aku panjatkan.
Semoga Allah hadiahkan syurga yang tertinggi untuk insan semulia kau sahabat,

Aku sayang kau Iffi Athirah Zulkefli.
Sayang dunia akhirat.
Sahabat sampai Syurga.

Terima kasih untuk semua kebaikanmu,
Terima kasih Allah.
Syukur Alhamdulillah.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...