Saturday, 3 September 2016

MAKIN DICANTAS MAKIN BERTUNAS

Kau hadir tanpa diundang.
Makin aku cuba buang,makin kau bertandang.

Aku tak pernah duga perasaan sebagai kawan boleh berubah sekelip mata.
Tapi aku pasti, kau datang bukan sebagai pengganti yang pergi,
Kerana kau bertandang saat pintu hati aku telah tertutup rapat untuk insan bernama lelaki.

Saat aku sedang kecewa, semua yang datang aku tolak,
Aku tak mahu sakit lagi.
Aku lelah dengan permainan insan2 yang tiada hati.

Sungguh aku tak mahu ada sesiapa lagi yang bertahta di hati.
Cukup dengan keluarga dan sahabat yang sejati.
Untuk aku tabur cinta aku yang sejati tanpa rasa takut disakiti.

Mama.. Insan yang amat aku sayangi.
Dia memujuk untuk aku buka hati.
Kenali insan seperti engkau yang dia senangi.

Aku cuba kuak pintu yang tertutup,
Sedikit demi sedikit.
Sampai satu saat,
Allah pertemukan aku dan engkau.

Allah izinkan aku melihat kebaikanmu,
Tersentuh hati saat melihat kau mendampingi ibumu.
Bukan hanya sekali.
Terkedu. Masih ada insan sebegini?

Asbab kebaikanmu,
Aku cuba luaskan pintu hati ini untuk mengenalimu.
Aku niatkan kerana mencari Redha Illahi
Agar aku tidak sakit lagi.

Satu persatu pertemuan,
Buat kita lebih akrab,
Hingga kini hampir setiap minggu kita akan bertemu.
Dan dari situ, aku cuba mengenali
Siapa sebenarnya dirimu yang telah mencuri perhatian ibuku.

Makin lama makin terserlah kebaikanmu,
Tidak lupa juga kekuranganmu.
Aku senang hati melihatmu dari sisi yang kurang.
Kerana aku tahu manusia itu tidak sempurna.
Aku senang melihat kesederhanaanmu.
Dari dalam setiap segi hidupmu.

Kau insan yang luar biasa di mata aku.
Dan aku sedar, aku bukan siapa2 untuk berdamping dengan insan sehebatmu.
Ramai insan yang lebih layak mendampingimu.

Aku insan hina,
Tiada apa2 yang boleh dibanggakan.
Tapi inilah aku, apa yang kau lihat di matamu itulah aku.

Aku tahu,
Berniat untuk memilikimu sebagai imamku hanyalah sebuah angan-angan
Tetapi
Mendekatimu sebagai sahabat dan teman adalah kenyataan.
Dan kenyataan itu yang harus aku terima.

Angan-anganku kembang mekar saat aku mendengar abangmu mendoakan,
Saat itu hanya hati yang menangis gembira.
Tiada apa yang mampu aku ungkapkan selain dari rasa syukur.
Melihat keredhaan dari ahli keluargamu.

Tapi hati itu pada kamu.
Yang aku tahu pasti tiada ruang untuk aku.
Kerana anganku masih tetap dalam doaku.
Sedangkan kenyataan di depan mataku adalah apa yang ada di dalam hatimu,
Rakan, teman dan sahabat
Mungkin itu yang kau lebih inginkan dari bicara tentang hati.
Melihat setiap tingkahmu telah jelas buat aku mengerti. 

Aku tidak terluka
Tetapi tetap ada rasa sedih saat hajat tak kesampaian.
Soal hati tetap milik Allah
Aku serahkan segalanya padaNya dengan sepenuh keyakinan
Akan aku biarkan pintu ini tertutup kembali
Hingga saat Allah gerakkan untuknya terbuka sendiri.

Tiada lagi daya untuk aku mengejar cinta duniawi
Kerana aku lebih yakin tentang mati yang kian mendekati
Sedaya upaya aku muhasabah diri.
Semoga cukup bekalan untukku di Sana nanti.

I.I.
Kau akan sentiasa dalam hati,
Kerana hadir dan pergi dengan cara yang aku kagumi.
Semoga kau sentiasa dirahmati
Berbahagialah disamping insan2 yang disayangi
Semoga bertemu dengan insan yang kau senangi.

Terima kasih kerana masih setia di sisi
Biarpun bukan aku di dalam hati.
Tetapi kerana kasih dari sahabat yang sejati.

Maafkan aku atas perasaan ini.
Semuanya hadir tanpa aku pinta.
Moga kita akan kembali bersama seperti sediakala.

Aku sayang kau kerana Allah.
Alhamdulillah.  :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...