Monday 20 June 2011

2 hari 1 malam.. :)

Sabtu dan ahad aritu hari mlepas krinduan aku trhdp keluarga No.2 aku.. JPM...Bersyukur sgt2 Allah memakbulkan doaku utk bertemu dgn mreka,.. Rindu sgt2.. Aku dgn mantan2 yg len planning nk surprisekn shbat2 yg kat mlaka tue.. So ktorg dtg diam2.. Konon tepon dorg ckp xpat dtg sume.. Siap kirim salam lg.. hehe.. Mmg dorg x pasan ppe la.. hehe..


Aku gerak dari Nilai lepas asar.. Pegi dgn kak Athira.. Dye amik aku kat rumah dgn Kak Sarah..Seb bek rumah aku dekat gle dgn tol.. So sng la kak Tira nk cari rumah aku.. Masuk je highway nk grak g mlaka, traffic mula lah jam.. Tp seb bek bergerak jugak kreta.. Jumpe kak Assila, Kak Nawwarah n Ust.Ashaari kat RnR Seremban..Da bli makan sume, gerak konvoi dgn kreta ust.. Smpi mlaka, singgah masjid Al-Ubaidah x silap utk solat Asr,, Then grak g bacang utk amek kak Aini n Kak Che Nur plak.. Jauh btol berjalan kn..? Maghrib kat sana then grak g blek lendu..

Sesampainy di Lendu, singgah kdai Borhan jap.. G mkn, tp aku xmkn pon.. hehe.. Jumpe lg mantan2 yg len, Kak Shira, Kak Que, Kak Ziela, Kak Fida, Kak Saba.. rmi gle mantan yg trun rupenye.. hehe.. Da mkn2, grak g masjid Alhikmah yg kurindui utk solat isya.. Then baru la g Malam Gemersik Nurani anjuran jemaah aku,, Tahniah korg.. Sambutan amat2 menggalakkn..Siap ada gerai "Murtabak Megi" lagi.. hehe.. Terdengar alunan nasyid.. Teringatku pd kenangan lalu.. Bila lg nk dgr kamu bernsyid spt dlu ye..? Hmm..

Kak Tira, Aku n Kak Que.. time ni kat kdai makan Borhan..

Sesampainya aku kat bgunan pengarah tue, ternampak klibat sahabtku, Murni dari jauh.. Aku pon berjalan perlahan sambil merenung dia.. Dia diam berdiri ke memandang ke arah aku... Sampailah kakiku dkat melangkah dhdpn dia.. Dia memelukku dan menangis dalam pelukanku.. Subhanallah.. Sgt syu saat itu.. Kutahan air mataku dari menitis,,, Xnak bg muny tmbah sedih... Rindu sgt2 pada seorg sahabat yg banyak memberi aku semngat, nasihat... Saat aku bersedih disini, dialah yg selalu dari jauh memberi kata2 pguat utk aku lalui ujian2 Allah ini sendirian wlupon kami jauh dimata.. Betapa indahnya pertemuan kerana Allah.. Sygnya, kak Fathin xde mlm tue,, Aku byk mghbiskan masa brsama shbt2 jemaah,,, Kdg2 dgr tzkirah n nsyid ckit, then smbung borak balik.. Lama aku borak dgn murni, cte psal mslh kami, prkembngan2 terkini,, Semuany terluah mlm tue... Sempat jugak men tepung dgn Shah,, besday dye.. HB Shah,, hehe.. Event habis tgh malam, lps abes, amik gmbar rmi2,,, Aku, kak Tira n kak sarah antara mantan yang lmbt balik.. Dah kul 2 lbih (pg) barulah grak,, Tdo kat tun Teja, bilik kwn Kak Sarah.. Lepak dgn kak Tira, calling Ummi,,, rndu gle.. Menyingkap kenangan dgn kak Tira n Kak Sarah..

gerai murtabak megi.. bju oren tu lah muny.. :) 

nie antara mt2 n mantan2 yg hadir.. :) mse nie event da abes dah.. hehe..

Wif kak Tira.. KENEK~~~~~

 Love u Murni bt. Abu Bakar.. Muahhhh..

Kami berempat.. hehe.. da borink time nie..
Wif Muny, Diyana n Kak tira..

Kami tdo dlm kul 3 pg.. nsib bek subuh sedar jugak. Bunyi hphone mnyedarkanku.. Lps slt subuh, tdo balik sbb mata ngantok lagi... hehe.. Last2 dkat kul 9 bru bgun, siap2 nk g mlake, g ronda2 kat MC,TESCO,, Dgn K.tira, kak sarah, muny n diyana.. bez.. Masa kat MC, adikku Diyana ditimpa ujian spt yg pnah ku trima dlu.. Moga adik kekal sbr ye.. Adat org berjuang mmg xkn pnah lepas dari ditimpa ujian.. Semuanya semata2 utk menguji darjat keimanan kita.. :) G Tesco plak, amik kak Cla katsana.. Dorg smpt lg shopping jubah kat First Lady.. Cntek2 jubahnya.. Aku teringin gak nk bli tp wit x ckup plak.. hehe.. Xpe, jubah utk rya dah ada,, Warna putih lg,, hehe. Siap2 reserve utk pki TUNANG..?? wah2.. berangann.. hehe..

Jln2 kat Tesco Melaka.. 

 Nie lah kak Sarah.. Cntek kn.???

 Sempat lgi bergmbr.. Hehe..

 Ini lah kje kami d yg dok kat blkang.. Brgmbr n karok.. huhu.

 Loveeee...:)

Smntara tggu dorg shopping, kte brgmbr ye,, hehe..

Alih2 pkul 2 lbih bru grak balik g lendu htr Murni n Diyana.. B4 dat g dimensi jap sbb aku nk htr bku kat senior aku,, Xsgka senior aku 1 rumah dgn kwn2 mantan aku nih.. Jdoh utk bertemu kn,,? Perancangan Allah kn yg terbaik..?? hehe.. Then blek UiTM n solat zhur.. Sedih aku nk tggalkn UiTM nie, Tinggalkan shbt2 jemaah, Murniku syg.. Akhirnyaaaaa.. Ketemu jugak dgn Kak Fthin yg bru balik dr Kem..Mngis kami.. Allah sgt hebat.. Beri kami pluang utk brjumpa wlupon skejap.. mlepaskan rndu.. Lastly kul 4 lbih bru grak balik.. Smpi rumah aku dah pkul 6.. Kak Tira htr Solat kat rumah aku, then aku ikot htr k.cla kat KTM Nilai.. Dkat je dgn rumah aku.. Then Kak Tira htr aku balik rumah n dye brtolak pulang ke Shah Alam.. Konpem kak tira smpi malam kat Shah Alam.. Sory kak tira.. Perjalanan semuanya tnpa dirancang kn..? Thanx a lot.. klu xde akk, gerenti ktorg xpat jenguk jemaah2.. Moga Allah balas semua kebaikan akk..InsyaAllah.. :)

Jmpe jgk k.fathin.. Tepi jln je nie.. Da x smpat dah.. kne rushing blek.. 
Winduuuu.... :(

So.. Itulah cte sy utk entry kali nie.. Rse nk balik melaka blek je.. Waaaa.. :'((

Sedih x smpt jumpe Nazatul Zulaika Suhaimi.. :(

SEBELUM TERLEWAT...

Nak wish Hepy belated bsday kat adik bongsu aku.. Hazlinda binti Azmi..
Sudah genap umurny 12 tahun.. UPSR candidate okeyh...
So All da best utk UPSR kamu.. Do da best.. Jgn mls2...
ble tarikh besdaynye,,,? 17 June.. hehe..
lmbt kan aku wish..? Almaklumlah busy ckit.. haha..
Jgn berduka ye adikku.. wlupon x dpt kek secret recpe, dpt jgk kek len..
hehe.. At least ada kn..? so abesknlah kek tue keyh.. 
Sbb nmpk cam x berusik je.. hahaha,,

Then aku nak wish jugak kat abah,,,
EPY FATHERS DAY..
Moga abah sntiasa tabah harungi ujian Allah nie..
Igtlah yg Allah sentiasa ada bersama2 kita...
Stiap ksakitan itu juga adalah kfarah,, 
Bersyukurlah andai kita diuji..
Moga abah cepat sembuh,,, :)


Thursday 16 June 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Assalamualaikum semua.. ni nk kongsi ckit artikel yg aku dpt.. Lme da tersimpan dlm lptop aku. Xigt aku amik dari mne.. Jom hayati bersama keyh.. :)

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Fikir2kanlah ye shbt.. Igtlah bhwa kematian smkin mghampiri kita.. 



Wednesday 15 June 2011

HARI YG BESSSSTTTTT.. !!!

Hari nie awal2 pg lg aku rse hati berbunga2 je.. hehe.. xtaw la npe.. Msok Ofis je senyuman dah sedia terukir utk semua.. huhu.. Buat kje senyum sorg2.. Ceria je rse.. Knpa ye..? haha.. Seawal pagi hphone dh berbunyi.. Ku sangka dari dia..?? Tp salah.. Dari seorg kakak yg amat kurindui.. Msgny berbunyi, "akk jadi pegi sbtu nie.." X henti2 aku mengucap syukur.. Alhamdulillah.. Tercapai jugak impian aku nak balik lendu tgk family kat sane.. Rnduny..Fmly..? JPM lahh.. Fmly no. 2 <stakat nie> hehe.. So aku xperlu nk nek bas sorg2.. huhu.. Just really hope to see my sister kak Fathin.. katany ada kem jumaat smpi ahad nie.. seyes nak ngesh.. Nk jumpa akk.. Rndu x tertahan lg.. Moga ad rzki..


Then x taw la tetbe harini ak cam aktif kat ofis.. Slalunya pasif, pendiam,, Akhirnya aku brani gak borak dgn kak leya yg dok sblah aku dlm ofis.. Pemalu lah konon.. Td ada sorg akk msok, cuti bersalin dah abes.. Sempoi gle akk tue.. Peramah.. Aku pon ngam jela.. borak punya borak.. Aku siap boleh gelak2 dlm ofis.. Ke hulu, ke hilir.. hehe.. Happening gle ofis td.. BEZZ.. Kje pon ak kurg harini.. byk lepak smpi boleh terlelap jap.. haha.. Malu je kak leya pasan aku tdo.. Kui3.. Sorii ye bos sbb curi2 tdo.. hehe.. Syokknya harini.. Syukran Ya Allah krn melapangkan dadaku hari ini.. Moga nikmat ini bukan pnyebab utk aku menjauhiMu tp moga ujian ini mendkatkan lagi aku kpdMu.. Ameen.. :)



HEPY BELATED BESDAY..!!!!

To my little bro.. Hepy belated besday..
14 June.. So sudah 16 years..
Tinggi dah mcm org umo 20th.. So Moga lebih matang ye lps nie..
Belajar rjin2.. Skor SPM next year keyh.. 
Behave ur self.. n Sudah2 la perasan ensem tue eyh.. Haha... 
Seb bek ko dah balik asrama, klu x konpem aku kne blnje.. Sori r xde rzki ko..
Moga tercapai ap yang ko cita2kan.. 
Moga terus menerus jd org yg extraordinary keyh.. Tp utk bnda yg baik jela..
T ko balik ble2 aku nyanyikan utk ko eyh.. haha.. Aku taw ko suke dgr aku nyanyi kn..? haha..
Last but not least, JADILAH UMAT ISLAM YG TERBAIK KEYH.. LUV U..

HAZWAN BIN AZMI.. Dats my bro.. :)

HAZWANIE N & HAZWAN.. :)

Monday 13 June 2011

KATA HATIKU.. :'(

Ya Hurul Ain sahabatku.. 
Aku amat merinduimu..
 Kenangan bersamamu stiasa melekat dihati..diminda..
Rindu nak jumpa kamu.. 
Sangat2 rindu.. :"(

Sunday 12 June 2011

BUNGA-BUNGA CINTA

Tue dia tajuk lagu... Lagu yg wajib aku dgr hari-hari.. Korang pernah dgr x..? Bukan lagu Misha Omar ke eyh.. Lagu tue aku dgr time tgk cte DALAM MIHRAB CINTA... Korg pernah tgk..? Bg aku cte tue quite interesting la.. Moral of da story yg aku dpt, emmm bila kita lakukan se1 kerana Allah, mgharapkan redha dan rahmat serta keampunan Allah, insyaAllah Allah akn slalu ad dsmping kita.. Biar mcm mne pon ujian yg kita tempuh, itu sekadar ujian yg mana Allah nk tgk kekuatan hati kte terhdapNYA.. So jgn mudah menyerah kalah.. Sesungguhnya Allah dah janjikan kebahagiaan yang kita sdri xkan pernah jangka asal kita sntsa yakin dgn Allah dan harungi segala ujianNya dgn penuh sabar.. :) <remember dat wahai diri>

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah..

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Membuncah di hati harapan nan suci
Menyatukan janji

Bunga bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padanya
Tuhan kabulkanlah cinta di hati 
Berpadu indah dalam mihrab cinta.

Membuncah di hati harapan nan suci 
Dalam mihrab cinta..

1st time aku dgr lagu nie mmg mengalir air mata., Nie hati tgh resah, lagilah meraung.. Waaa... Dah2.. Lek2... Tggu jwpan dari Allah k..? Jgn putus asa ye wanie syg.. Usaha lg.. 

*Untuk kamu, saya x jumpa lagi jawapannya.. Diharap bersabar dgn ujian Allah nie ye..
Innallahamaassobirin...   

Saturday 11 June 2011

ISTIKHARAH,,,

Ada sesuatu perkara yang memerlukan aku bertubi2 istikharah... Semuanya utk mndptkn ptunjuk Allah tntang kptusan yg bkal aku buat..
Prkara yg bakal aku pilih..??? 
Meneruskan atau menghentikan..???
On or Off..??? 
Boleh ke x..????
Ya Allah.. Aku buntu..
Bantulah aku..Berikanlah aku petunjukMU..
Moga aku kuat mghadapi segalanya,,

*Kembalilah pada Allah pada setiap keadaan moga2 Allah selalu membantumu pada saat kau memerlukan pertolonganNYA.. 


Friday 10 June 2011

UJIAN BERTUBI2.. SUBHANALLAH.. :(

Hari nie, byk sgt mnguji hati aku.. mguji kekuatan dalaman aku... Harini g kje spt biasa.. Sampai2 je, aku tgk semua tgh berkumpul, ada tazkirah jumaat.. Serious rasa segan gle.. Aku lambat ke..? padahal dtg mcm biasa je.. Aku taw je ada tazkirah nie tp x silap aku, time briefing haritue, HR ckp mule pkul 8-8.30 pg.. Tgk2 semua dah ada.. Aku sorg yg lmbt.. Malu gle.. Sume org dok pandang aku time tgh dgr tazkirah tue., Dh la budak praktikal.. Xpe2.. ni pgjaran.. Nex week kne la awl sikit gamaknya.. 

Then td aku teruskan kje wat vendor's payment voucher dgn preparing cheques.. Tah camne aku ley silap print.. Bukan salah tulis detail, tapi salah print out no. siri dye.. Voucher number dgn cheque number x selari.. Aku memang kalut gle la.. Kak Asiah cam marah pon ada..cam cool pon ada.. Tapi tue lah.. Aku da segan lagi.. 1 Ofis dgr apa yg kak asiah ckp dgn aku.. Menitik jugak la air mata aku nie time nk balik lunch tdi.. Aku taw akk tue x marah tapi yela, awl2 pagi dah segan.. Tmbah lagi kjadian dlm ofis td.. hmm.. Ujian2.. Lepas lunch hour, keadaan da kembali tenang.. Alhamdulillah.. Dpat kje baru lagi... tgk ageing report of vendor.. Pastu kena cari document utk wat accrued payment.. X susa sgt la.. sbb kje checklist je.. hehe..

Ujian yg sgt mnduga aku.. Bermula dari mlm semalam.. Bersambung lpas subuh sampila aku masuk kerja pagi td.. Ujian yg memerlukan hatiku utk sntsa tenang.. Mguji keimananku.. Istikharahlah penyelesaiannya.. Ya Allah.. Berikanlah aku kekuatan untuk menerima segala ketentuanMu,, Berikanlah aku petunjukMU,, Andai itu yang terbaik, aku terima,, InsyaAllah.. Moga hatiku dan keluargaku dilapangkan tatkala mndgr kptusan itu.. Mohon bantuan dariMu Ya Allah.. :'(

* Hati sedikit terubat dgn kedatangan paklong from penang.. Lama sgt x jumpe .. :)
*  Thanx to my lovely Kak Fathin for calling me.. Really miss u.. Hope to see u soon.. :)








I'm BaCk..!!

Lama jugak aku x mengupdate blog nie.. hehe,, Kesibukan n kepenatan menjadi kekangan utk aku on9.. Pnt woo.. Lps isya' stndard da tido.. Selain prepare utk kje esok kn,,,? So far, kje praktikal aku ok lah,. Seronok.. Fun.. Besss.. hehe.. Semalam aku dapat job baru... hehe.. nie la yg selama ini ku tunggu2.. Mmg sgt berkait dgn course yg aku amik.. Accounting and Information System..

Setelah pulangnya insan yg ku panggil Kak Asiah, beliaulah yg m'ajar aku guna system SAP.. Mse aku kerja kat KLIA dlu, pnah dgr je system nie.. Skrg nie, aku kena guna sdri utk accounting transaction.. Smlm aku belajar wat vendor payment n print out vendor voucher.. Sblum print, aku kne post transaction kat bank gne SAP.. Mmg kne teliti gle2 wat kje nie..Sbb aku post real transaction, klu salah, mslah kat bank account punya lahh.. Then da print voucher, aku kne print cheque,, Real punya okey.. bukan maen2.. lbih 5 kali aku semak detail sblum print cheque.. Salah print, mampos aku.. huhu..Seronok blaja bnda baru..Terisi jugak la buku log aku tue.. hehe.,., Thanx to kak dayah yg ajar aku cmne nk isi buku log tue.. hehe.. Membe terbaik aku kat sana.. hehe.,.,

So tu la story utk bebrapa hari nie,, Bosan x..? haha.. ngantokk2.. :( -daa-

Monday 6 June 2011

Ingress Engineering Sdn Bhd..

Apa benda tue..? tue la tempat praktikal aku sekarang.. Aku gagahkan diri untuk menaip entry nie walaupun dalam keadaan yg menahan kesakitan di kepalaku.. hmmm.Harini bermula kehidupan baru aku sebagai seorang pekerja di kilang Ingress... X jauh pon dari rumah ak.. 5 minit je lebih kurang.. Mula2 memang menggigil la jugak nk jejakkan kaki kat lobi.. Dah la sorg2.. Masuk2 je, ada lg 2 org staf baru sdg mnunggu untuk lapor diri.. kak Fizah n Bro Faizal.. Knal nme dorg time induction la..


Induction kat tempat kje xde la mcm kte kat kampus.. Induction nie just nk bgtaw background company.. masa Rehat, organisasi syarikat, aktiviti2 dorg sume.. Mula2 mmg malu.. Last2 sempoi.. hehe.. Taklimat habis dlm kul 11 camtue la.. kat sini ada 3 kali rehat.. Pagi + tengahari n petang.. msuk kul 8, habes pkul 5.30.. Tadi aku balik dari kantin, kena swit dr pkrja2 sne.. majoriti kat sini lelaki kot.. yela.. Engineering kan..? Pantang nmpk budak baru btol dorg nie.. seb bek ada member tadi.. hehe.


xlme lpas dgr taklimat. aku telah dipanggil naik ke tingkat atas, g kat bahagian Accounting ang Financing. aku duduk kat group accounting and costing.. Pergh... Gempak x..? Costing kot..?? Dah la blaja pon tah mcm apa.. Accounting lagi.. hehe... Aku duduk2 jap.. Penyelia aku namany En. Alias.. dye sowh aku duk diam2.. Dye ckp mggu nie aku free lg sbb yg supposely conduct aku tue cuti bersalin.. So aku duduk la dpn meja dye.. Ak tolong sorg kakak nie, nama dye Kak Dayah.. comel je akk nie.. Aku tolong dye wat Summary of Vendor's Payment.. Guna Excel.. Mmg aku suke lah kan guna excel nie..?? Xpe2.. blaja2 k..?


Tgh2 wat kje, aku dpanggil bos besar.. Ak x sempat slidik lagi nama bos aku tue.. hehe.. Yg pasti bos aku tue Tuan Haji lah.. Emm.. Cuak kot.. Msoklah aku kat bilik dye sorg2... tgh borak2 tetbe hphone bos bunyi.. Kat situlah peluang aku teliti attitude bos aku.. Dye tegas tp still can tolerate dgn ank2 buah dye la..  Aku pon dok perhati bilik dye, smbil2 memikirkan jawapan utk soalan dia.. hehe.. Aku terpandang pd 1 buku atas meja dye,,, SYAMAIL MUHAMMADIYAH,, Aku knal buku tue,, sbb aku pon ader buku tue.. Jarang kan nmpk bos nk bce buku2 ilmiah mcm tue,, Slalunya bos bce bku psl bisnes, org2 jutawan.. hmm.. Kagum gle aku dgn bos nie..


1 hari aku wat kje yg sama dbntu oleh kak dayah.. Co. nie gune perisian SAP.. x gune MYOB mcm aku blaja tue,, hmmm Bnda baru lagi la nk kne blaja nie.. Xpe2.. ilmu tue.. kat sini lunch dpt mkn free taw.. untung x..? hehe,, pastu staf2 sume peramah2 belaka.. bezz.. hehe..


Adeyh.. kepala aku dah x tahan sgt dah sakitnya.. Ppepon aku just nk meluahkan rasa kagum aku kat kilang nie sbb aku rse 1st time aku jumpa kilang yg organisasinya agak islamik.. Ad usrah, kuliah2 ilmu agama.. Penghargaan pada staf cam pakej umrah, Majoriti yg kje sini sume islam.. Kecuali pakguard.. hehe.. Perempuan semua menutup aurat.. No free hair. hehe.. Bos2 majoriti pak2 ustaz.. hehe.. Terbaik kan.. Terubat rasa kerinduanku pada sahabat2 jemaah JPM.. Syukurlah.. Allah beri hadiah istimewa untukku harini,, Syukran Jazilan Ya Allah..


Soriii kpla aku sakit sgt la mlm nie.. so nmpak cam tunggang langgang ckit entry aku.. hehe ppepon.. SESUNGGUHNYA, APA YANG DAH ALLAH RANCANGKAN UNTUK KITA ADALAH YANG TERBAIK.. SO TERIMALAH DENGAN HATI TERBUKA YE SAHABAT2,, :)

Sunday 5 June 2011

HAPPY BESDAY.. !!!

Selamat Hari Lahir kpd abahku, AZMI BIN JAMLUS.. Ulangtahun yg ke 60 tahun insyaAllah.. Moga sntiasa berada di dalam rahmat Allah.. Moga dpnjgkan umur... Abah cepat2 lah sembuh ye.. Nanti boley jalan2 lagi macam dlu.. Boley hantar wanie pegi kerja.. Boley tolong mama masak lagi untuk jual kat depan.. Boley basuhkan baju penghuni rumah ni.. hehe.. Cpt2 la sembuh ea abah.. Lagi sikit je.. Abah pon duduk dah boleh lama sikit... Jari pon dah boley gerak sikit..Sikit je lagi nak smbuh.. insyaAllah.. kuatkan semangat ye.. Allah ada.. InsyaAllah.. Syg Abah..!!!!

JPM di hatiku..=)


JPM..?? Jawatankuasa Penggerak Masjid.. 
Itulah family aku di kampus.. Kira family kedua aku jugak la.. Start join mse part 1 aku kat kampus.. suke2 je join time tue sbab dpt byk pengisian.. Masa bulan puasa pon ada byk aktiviti.. So terpelihara la ckit rohani aku time tue.. haha.. Mse hjung sem part 1 x slp, aku kne pggil interview.. Memang nak mengelak gle2 r rime tue tp x dapat.. Tup2 dapat tugas baru.. hurmm... pasrah dan redha jela.. mgkin ada hkmahnya..


So dengan amanah & tanggungjawab baru, masa part 2, aku pon lebih aktif dari biasa.. haha..Byk sangat aktiviti.. Sebabnya umi n walid sgt2 aktif.. hehe.. Dorg punya mental sgtlah kuat.. Terigt lg dorg push anak2 buah dorg utk wat keje sume.. hehe..  Sepanjang sem 2 n 3 nie pon aku ada mslah ckit dgn roomte aku.. Mybe sbb komitmen baru aku kan..? Kdg2 ada jugak rasa cam nk gve up.. Tapi jemaah byk 'ajar aku makna sebenar ujian Allah.. Manisnya rasa saat m'hadpi ujian Allah andai dihadapi dgn pnh ksbaran.. Adatlah org berjuang.. bukan senang, dugaan x pernah reda.. Memang sgt2 menguji keimanan.. Tapi jemaah2 JPM byk beri aku smgt dan dorongan.. Syg sgt kat mereka..  Ni ada sedikit kenangan aktiviti jemaah masa part 2 n part 3..

MALAM MESRA JPM... :) (MMJ)

time nie gabungan MT2 n mantan2.. kebolehan aku teruji jugak la time nie.. cubaan pertama dalam memikul amanah & tanggungjawab.. :)


Ni Masa Program Eksplorasi Rohani.. hehe.. :)

setelah penat berGAME..  kumpul rmi2 dgr usrah,.. :)

MT2 JPM berkumpul,, utk postmorterm..

FESTIVAL NASYID KAT UiTM PUNCAK ALAM.. 

Kenangan di tinggal train.. Thanx to walid htr sy n kak cla sampai rumah.. 
Pada saat ini juga hati itu mula bergetar dan berkata2.. :)

KEM DINAMIK pulak...!!

mlm nie ak takde la.. ada program len.. :(

MAULIDUR RASUL. nie time part 2..

gabungan JPM, INSAN & INSPIRASI.. time nie sgt2 bezzz..

MAJLIS KHATAM AL-QURAN..

yg tgh pgg mike tu aku lah tue. hehe,, tgk posisi ak, terpk se1 plak.. huhu..

SUKAN RIADAH JPM...

gmbr nie time da abes.. Mcm2 ktorg men haritue.. bez gle.. yg pling bez men game nikah,kawen,cerai.. haha.. Seronok gle x terkira... ble tgk video balek2, trglak2 sorg2.. haha.,.

MALAM 1001 MAKNA.. :)

Nonengggg...~~~~ Malam nie mlm penghormatan utk walid (YDP JPM). Sblum walid mninggalkan kami, berjuang ke shah alam pulak.. Mlm nie pon smbut besday walid.. Memang penuh makna... Malam nie malam air mata MT2 jpm jugak.. Lagu kenangan.. Selamat Berjuang-Brothers.. Hatiku bergetar pd malam nie saat lagu Belaian Jiwa berkumandang.. kenapakah..? Hanya Jauhari mengenal Manikam.. haha...

BESDAY UMI.. KAK JUNAINH..
mne umi..? yg pegang kotak kek tue la.. cntek kn umi..? Manis, ayu... jgn men2.. hati kental tue.. igt senang nk tgk umi menangis...??? HB umi.. miss u very2 much.. 

beginilah suasana mlm tue.. smbut besday umi lpas mjlis khtam Al-Quran..

Sebenarnya byk lagi aku nk upload.. tp pnt da nie.. tetbe line kat rumah nie tenat plak.. haha.. so nanti ak sambung lg k.. konklusiny, JPM nie sgt best.. Pertemuan kami, ukhuwah kami kerana Allah.. Rasa dah mcm 1 family.. ble sorg xde terasa kehilangan.. sekarang nie pimpinan baru pulak.. sedih sgt ble Umi n Walid da xde.. Mantan2 len xde.. Last2 kami cuba jugak utk bangkit n teruskan perjuangan kami wlupon tnpa mereka disisi krn kami tahu, doa mereka sntisa bersama kami,, 

UTK SAHABAT2 SEKALIAN,, BILA ANDA BERKAWAN, NIATLAH DIHATI KERANA ALLAH.. TAK KIRA SIAPA PUN DIA.. KERANA ANDAI UKHUWAH ITU KERANA ALLAH, MAKA MCM MANA ANDA BERSELISIHAN FAHAM DGN DIA, IA TAKKAN MENINGGALKAN KESAN DENDAM DALAM DIRI.. INSYAALAH, HATI ANDA AKAN BERSIH DARI IRI HATI TAPI PENUH DENGAN KASIH SAYANG SEPERTIMANA ANDA MENYAYANGI DIRI ANDA, KELUARGA ANDA.. PERCAYALAH.. KERANA SAYA PERNAH MELALUINYA SENDIRI.. :)

A.F.. :)

Bersemangat aku nk tgk a.f ... Awal2 da siap slt, mkn sume.. Yela nk taw la jgk spe yg terkeluar kan..? tgk puny tengokk aish.. apsal la dorg sume nie.. Mcm xde improvement langsung..!!! <wah kata2..haha> tp tuela.. Perormance dorg agak mengecewakan jugak.. mybe mlm td hazama je yg ok ckit.... hurmmm.. Honestly af 9 nie cam x bes sgt r.. xtaw la kat luar tue pk cmne pulak kn..?? Klu dorg perform xde rse feel sgt mcm af yg dlu2.. hehe... tah la.. Gempak jugak la nk buat penyingkiran malam td.. sekali 4 beg kuar,.. ha Hambik ko.. haha.. Gimik je lebey.. Lastly ERUL yg kuar.. ERUL yg gila K-Pop tue.. ble menari mmg mcm artis2 korea la kn..? da mcm kump. SuJu pon ader.. xde rezeki dia lah tue.. nk wat cmne an..? Yg pasti x sbr nk tgk konsert nex week.. hehe.. Sabtu dan Ahad.. :) 

DUNIA2 JUGAK, AKHIRAT JGN LUPE YE.. BULAN REJAB NIE BYK KELEBIHAN, JOM REBUT KEISTIMEWAAN BULAN REJAB NI.. BKN APE, TKOT X SEMPAT NK TGK BULAN REJAB TAHUN DEPAN.. YELA, NYAWA KITA BILA2 MASA JE AKAN DICABUT.. SO BE READY DGN AMALAN SBG BEKALAN MENUJU AKHIRAT..  SALAM SAYANG UNTUK SEMUA.. :)

Saturday 4 June 2011

TERLUPA... :p

Salam semua... Actually aku terlupa yg aku ada blog... So terlupa la saya untuk update.. haha.. Sengal ubi betol kn..? Dgn selamber nyer bg adik aku pakai lptop wat mcm harta sendiri.. hehe,, takpelah.. Aku pon busy ckit kat rumah.. hehe..  Aku pon hmpir telupa yg kita dah msok bulan Rejab kn..?? thanx to walid bg msg kat JPM Mobile psl bulan rejab.. :) 

Sebelum terlupa, jom kita singkap ckit klebihan Bulan Rejab nie.. >>>


Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)


Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)


Umat Islam juga disunatkan utk berpuasa di Bulan Rejab., byk sgt hikmah & kelebihan yg dijanjikan Allah S.W.T


Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah Taala menyeru kepadanya " telah wajib hakmu atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan Aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu daripada semua makhlukKu. Engkau kekasihKu daripada semua makhlukKu. Engkau mulia di sisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara Aku dan engkau".

Antara kelebihan berpuasa di bulan rejab mengikut hari..??


1) 27 Rejab : diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah,diberi pahala berpuasa seribu tahun.

2) 1 hari Rejab : diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga serta diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.

3) 2 hari Rejab : akan digandakan pahala ibadatnya.

4) 3 hari Rejab : akan dibina benteng yang akan menghalang ke neraka pada hari Kiamat.

5) 4 hari Rejab : akan dijauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari Kiamat.

6) 5 hari Rejab : akan diamankan daripada azab kubur.

7) 6 hari Rejab : akan dikeluarkan dari kubur pada hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.



KUKUHKAN IMAN, TINGKATKAN AMAL.. :)

Thursday 2 June 2011

BARU...!!! BARU...!!!!

Assalamualaikum semua... :) 

Apa yang baru..???
 hehe ak bru buat blog nie.. Tringin plak nk berBLOG.. Motif utamanya sbb sng nk isi buku log praktikal aku.. memandangkan hari2 aku on9.. kn..? so klu lpe nk fill in my daily activities kat dlm bku log, ak rjuk blog je la kot.. atleast aku taw ap yg aku buat everyday.. Hmmm.. 

Apa lagi BARU...?? 
Baru dapat tempat praktikal.. semua membe ak dah stat praktikal, aku sorg je xstart lg sbb ada masalah sikit.. mule2 mcm dah nk gve up tp syukurlah Allah bantu.. So aku dah dapat baca hikmah sebenarnya.. so lapangkan dada n get ready to start untuk praktikal nex week.. Di mana..?

Tempat BARU juga utk aku..
Di INGRESS Engineering Sdn Bhd.. X sampai 5 minit dari rumah aku.. Rsau + nervous.. cmne la bos aku nanti, apalah keje aku nanti...?? Punchcard pkul 8 okey.. :) Wish me luck friends.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...