Duhai hati
Akan aku serahkanmu kepada Yang Berkuasa Memegang hati
Hanya Dia yang tahu siapa yang selayaknya memiliki
Saban hari ujian hati semakin kuat
Saban hari juga aku makin lemah
Dan Pergantungan aku hanya pada Dia
Kerana aku masih buntu
Jalan manakah yang selayaknya aku pilih
Menepis diri dari satu pengharapan
Menidakkan segala rasa yang kian timbul
Menjauhkan dari sesuatu yang dekat
Menolak bahagia yang sentiasa hadir
Allah
Tiada daya untuk aku menidakkan takdirMu
Mohon bentangkan jalan KasihMu
Tujukan aku pada jalan RedhaMu
Hanya Engkau sebaik2 pergantungan
Uruskan hatiku
Mudahkanlah
Redhakanlah
Aminn Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment