Saturday, 4 July 2015

Terapi untuk Move On.. Wake up Girl..!

Bismillahirrahmanirrahim

                Harini macam aku rasa malas sangat. Maybe sebab kaki aku injured so aku tak byk gerak. Banyak duduk dan rehat. Badan pon rasa tak sedap. Nasib baiklah time kaki aku injured haritu ada kawan baik aku ni sudi tompangkan aku utk hantar aku ke stesen bas. Sebabnya aku dah tak larat sangat nak jalan kaki tambah2 tgh puasa kan..? Merasalah jugak kau naik Neo Putih dia. Thanks sahabatku yang berhati mulia..

                So dah bosan-bosan kat rumah sebab tak larat nk buat kerja, aku pun mencari la teman nak berbual. Puasa kan..? Nak makan pon tak boleh. I am very lucky bcoz one of my sister was on leave. She is a customs officer. She is one of my new frens, new sister. She is such an adorable woman, so nice and pretty. Dah kahwin dan ada anak seorang dalam perut ada sorang lagi.. hehe

                Macam biasa, kalau berbual dengan dia selalunya aku akan borak pasal man, carrier or recipe. So harini borak pasal my prob.  Actually it is not a problem at all. It is just that i need some advise to ensure that i will not do the same mistakes that i have done before.

                Satu ayat yang dia mention kat aku..

                "Masa cepat berlalu. Umur perempuan banyak rugi sebab tunggu laki2 yang salah. Buang masa". Aku rasa macam setepek kena kat batang hidung aku. Tapi aku tahu apa yg my sis cakap tu mesti dari pengalaman dia sendiri.

                Yes. Apa yang my sis cakap tu memang betul. Menanti seorang lelaki yang belum tentu nak nikah dengan kita bertahun2 akan membuatkan kita menutup peluang untuk orang lain mengenali kita. Umur semakin lama semakin meningkat. Bercinta tak sudah. Tunang tak. Nikah apatah lagi kan?

                Kita yang perempuan ni setia lah 'konon' hingga hujung nyawa kan? Tapi last2 kena tinggal. Kena main. Dengan lelaki yang kita setia sangat tu sampai tolak orang kiri kanan yang betul2 nak kenal dengan kita. Even dah kena main pun still nak tunggu dengan harapan lelaki tu sedar dan kembali dengan kita untuk nikah dan bina rumahtangga yang bahagia. Drama sangat kan..? Tapi kehidupan realiti tak sama macam drama2 tv tu. Tapi tak dinafikan jugak ada yg berlaku di alam realiti cuma ianya jarang2 berlaku.

                Then my sis pesan lagi..

                " Berkawan je ramai2.. Jangan fokus pada seorang je.. Ada orang niat nak berkawan, beri peluang.. Awak muda lagi.. Jangan buang masa & jual mahal sangat.. Kawan ramai2 insyaAllah akan buat kita lagi matang so nanti senang nak buat pilihan yang terbaik.. Kita perempuan ada hak untuk memilih, bukan lelaki je boleh memilih.. "

                " Kawan je.. Dalam berkawan tu try cari or pertimbangkan orang yang betul2 nak kat kita.. Yang betul2 hargai kita.. Rugi kalau pilih orang yang tak berapa nak kat kita.. Jangan dia nak kat kita sebab terdesak sebab dia tak jumpa orang lain.. ''

                " Jodoh ni urusan Allah kan..? Jadi jangan fokus pada yang satu dalam berkawan.. Jangan memilih dalam berkawan.. Bila rasa betul2 bersedia dan serius baru fokus pada yang satu.. Buat pilihan elok2 ye.. "

                Apa yang sis tu cakap ada benarnya. Memang sekarang ni aku niat nak berkawan je dengan semua orang. Sebab bila aku berkawan, aku akan jadi diri aku sendiri dan kat situlah sebenarnya kalau orang tu nak menilai aku kalau dia betul2 suka kat aku. Kat situlah dia nak cari kekurangan aku untuk dia terima aku seadanya. EH..?

                Alhamdulillah..  Sekarang ni aku dah pun ada kawan2 yang boleh terima perangai aku yang degil ni, yang gedik, yang gila2.. Kawan2 aku pun dari bermacam2 latar belakang sebab most of them are my customers. So hopefully aku boleh tambah lagi friendlist aku. Just ada certain2 orang yang aku terpaksa mengelak contohnya orang lelaki yang dah bernikah, dah ada isteri dan anak tapi perangainya gatal gila dan tak sedar diri bajet bujang..

                So far aku takde nak memilih kawan. Handsome ke tak. Kaya ke tak. Berpangkat ke tak.  Aku just harap kawan2 aku tu ikhlas nak berkawan dan tak mengharap lebih. Apa pun pandangan dorang kat aku, aku tetap dengan prinsip 'úkhuwah fillah'.. InsyaAllah.

                Mencari kawan yang ramai ni is one of the best way for those who were just break off from their love relationship.. So that dia takdelah nak blame takdir ke. Takdelah nak frust menonggeng ke. Cara ni pon boleh jadi terapi kat diri kita untuk dapatkan balik semangat dalam meneruskan kehidupan kita seperti biasa. Rileks la. Boyfriend or girlfriend kita boleh cari ganti. Setakat hilang diorang takpayah lah sampai nak bunuh diri. Kita kan ada mak ayah lagi, ada adik beradik, ada family dan kawan2 or sahabat yang selalu support kita. Paling tak pun kita ada Allah yang boleh beri kita yang lebih baik dari apa yang kita pernah ada. insyaAllah.

                Yakinlah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dia kan..? Yang penting kita jangan lupa untuk muhasabah diri kita balik. Cari kekurangan dan usaha untuk perbaiki.. Putus cinta ni bukan sebab untuk kita jadi lebih teruk.. Kita putus cinta because we deserve a better person for a better life. Bersangka baik dengan Allah dan jangan pernah putus harap pada Allah.. Ok..?

                Aku ni bukan doktor cinta ke.. Pakar motivasi ke.. Yelah bercinta pun failed inikan pulak nak beri nasihat. Aku just nak kongsi nasihat2 yang aku terima dari insan2 yang berpengalaman. Moga2 memberi manfaat untuk kita semua ye. Yang pasti aku tulis ni sebab aku pun nak move on. Wish me luck.. May Allah ease everything. Amiinn.

Dear past, thank you for all the lessons.

Dear future, I am ready..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...