Monday, 17 June 2013

KERJA

Assalamualaikum w.b.t..

Lama dah aku tak update blog.. Berbulan2 lamanya.. Sebabnye, kat rumah dah takde tenet n laptop pon dah kena kebas dgn adik aku.. Ni pon guna internet makcik aku.. hehe.

Perkembangan terbaru sekarang, Alhamdulillah aku dah kerja.. dah dekat 2 bulan jugaklah aku kerja..
Tapi bukan kerja pejabat pon.. Just kerja biasa.. Membantu makcik aku kat cafe dia kat KLIA. 
Spesifikasi kerja aku just buat invoice. Jaga Accountlah jugak.. Adalah kaitan dgn apa yg aku belajar. 
Kadang2 join catering bila order sgt banyak, Buat roti bakar.. hehe..
Ramai je org2 kat sini suruh aku apply kerja yg setara dgn kelulusan aku.. Tapi.. Hmm.. Tah la.
I'm happy dgn kerja aku sekarang. Nampak mcm senang je kerja aku kan..? 
Tapi tak lah sesenang yg disangka.. Kerja berhadapan dgn customer hari2, memang sgt penat.. 
Tapi semua tu mengajar aku jadi lebih matang. Belajar untuk jadi penyabar, rasional. 
Manusia kan macam2 ragam, ada yg okey, tapi ada jugak yg mengundang kemarahan aku kdg2..
Just aku tak tunjuk sgt la. Customer kan..? kena lah akur dgn perangai dorang.. 

Masalah tempat kerja..? memang akan ada..
Memang hari2 akan ada isu yg berbangkit. Especially dgn staff kat cafe aku ni..
Memang payah nak handle orang yg xde  rasa tanggungjawab. Ditegur tak boleh, nk dimarah, lagi la x boleh.
Actually haritu aku ada la tegur sorang staff cafe, atas sebab yg wajar untuk aku tegur.. Suka lepas tangan n x bertanggungjawab dgn tugas yg diberi. Dalam erti kata lain, "pemalas".. Kecik ati lah pulak.. Hmm.. 
Payah la..Telan jela.. Igt aku suka ke nk tegur2, sebab aku pon tak suka kena tegur..
So dah tanggungjawab tu, buat lah.. Jangan nk lepas tgn.. Disebabkan sikap pemalas dia, semua orang susah... Oiii.. Peningg oiii..

Actually, pergi je mana2, konpem ada isu2 berbangkit kat tempat kerja..
So suka untuk aku igtkn diri aku, supaya buat kerja dgn ikhlas n penuh rasa tanggungjawab.. Barulah pendapatan kita tu berkat. 
Haritu, abang aku ada pesan.. "Kita buat kerja dibayar gaji, so sikit mana or besar mana gaji kita, kita mesti buat dgn sepenuh hati. Mesti kena settle. Baru la berkat.."

Actually aku rindu nk study kat kampus mcm dlu.. Harap2 1 hari nanti, aku dpt peluang untuk sambung belajar balik.. Belajar lagi seronok dari kerja tapi belajar xde income.. hehe.. Mungkin belajar sambil kerja ke kan..? Syok jugak.. Moga Allah permudahkan.. Amiinn..

Friday, 1 February 2013

SALAM MAULIDUR RASUL.

Tanggal 12 Rabiulawal adalah tarikh kelahiran Rasul junjungan umat Islam.. Rasulullah s.a.w. Tarikh ini adalah tarikh yg wajib kita ingat seandainya kita mengaku bahawa kita adalah umatnya. 

Teringat satu ketika dahulu, masa zaman sekolah rendah, sekolah menengah, n zaman universiti, tiap2 kali tibanya Maulidur Rasul, mesti akan ada sambutan Maulidur Rasul. Berarak sambil berselawat.. Zaman sekolah dulu akan rasa seronok sebab dapat pakai baju raya.. Tak payah pakai baju sekolah. Then berarak sekitar kawasan sekolah. Siap ada pertandingan.. Sepanduk tercantik, Kumpulan perarakan yg terbaik.. Lepas tu akan ada ceramah pasal Rasulullah.. so on that day takkan ada kelas.. Itulah yang paling seronok kan..? hehe..

Tapi masuk zaman universiti.. Dah lain.. Memang akan ada sambutan, Berarak sambil berselawat 1 kampus, gotong royong buat sepanduk,, Ceramah perdana.. Cumanya penghayatan kepada Rasulullah itu lebih terasa.. Sampaikan bila Selawat beramai2 tu, boleh rasa meremang bulu roma, then bila dgr tentang sirah Rasulullah, akan bergenang air mata.. Rindunya pada Baginda Rasulullah..

Terkenang kepada 2 orang sahabat masa di kampus.. Sahabat yg sangat mencintai Rasulullah.. Murni & kak Fathin.. Bukan bermakna kwn2 yg lain tak mencintai Baginda Rasulullah.. Cumanya, setiap kali berjumpa dgn 2 org sahabat ni, mesti mereka akan bercerita tentang Rasulullah.. Bila pergi kedai buku, akan cari buku yg berkaitan dgn Rasulullah.. Bila berusrah, mesti akan dikaitkan dgn cerita Rasulullah..SubhanAllah.. Sungguh cinta mereka pada Rasulullah..

Kita diajar untuk sentiasa berselawat memuji Baginda. Hikmahnya, kita akan sentiasa mengingati Baginda Rasulullah.. Pahala pon dapat, hati pon akan jadi tenang..

Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)

So kawan2, nak dapat syafaat Rasulullah, nak dapat pahal lebih, jom kita Selawat.. Moga kita sama2 terus mencintai Baginda Rasulullah s.a.w. :) Mudah2an dapat bertemu dengan Baginda di syurga. insyaAllah.. Rindu Rasulullah.. :'(


Sekitar Hari Bahagia.. # KONVOKESYEN KE 77

Assalamualaikumm.. Lambatnye nak update entry kan..? haha..
So x nk cakap banyak, just upload pic je.. :)

Saya telahpun konvo.. :)

Orang special yg datang,, My bro.. tenkiuuu for coming.. :)

My fratello.. tapi tak semua ada..
me + ucu + achik + along + alang + angah

Fratello n cousins.. time sebelum masuk dewan..

semua ada hadiah,, aku je takde.. sob3..

bersama kwn2 kelas along n achik..

Sebahagian sahabat2 DAIS.. Lagi separuh menghilang..

Sweet memory..

Love uolzzzz..
Begitulah sekitar hari bahagia.. Family x datang.. Just my angah je yg datang.. Ditemani kembarnya.. hehe..

Nilah dia kembar my angah.. Kembar kat mata n tangan. huhu..

Thanx 4 coming bro..! Nanti u konvo, insyaAllah saya pulak dtg..hehe..

Seriously penat sgt konvo sidang petang.. Rushing.. Tapi, papepon.. Syukur Alhamdulillah.. Selesai...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...