Tanggal 12 Rabiulawal adalah tarikh kelahiran Rasul junjungan umat Islam.. Rasulullah s.a.w. Tarikh ini adalah tarikh yg wajib kita ingat seandainya kita mengaku bahawa kita adalah umatnya.
Teringat satu ketika dahulu, masa zaman sekolah rendah, sekolah menengah, n zaman universiti, tiap2 kali tibanya Maulidur Rasul, mesti akan ada sambutan Maulidur Rasul. Berarak sambil berselawat.. Zaman sekolah dulu akan rasa seronok sebab dapat pakai baju raya.. Tak payah pakai baju sekolah. Then berarak sekitar kawasan sekolah. Siap ada pertandingan.. Sepanduk tercantik, Kumpulan perarakan yg terbaik.. Lepas tu akan ada ceramah pasal Rasulullah.. so on that day takkan ada kelas.. Itulah yang paling seronok kan..? hehe..
Tapi masuk zaman universiti.. Dah lain.. Memang akan ada sambutan, Berarak sambil berselawat 1 kampus, gotong royong buat sepanduk,, Ceramah perdana.. Cumanya penghayatan kepada Rasulullah itu lebih terasa.. Sampaikan bila Selawat beramai2 tu, boleh rasa meremang bulu roma, then bila dgr tentang sirah Rasulullah, akan bergenang air mata.. Rindunya pada Baginda Rasulullah..
Terkenang kepada 2 orang sahabat masa di kampus.. Sahabat yg sangat mencintai Rasulullah.. Murni & kak Fathin.. Bukan bermakna kwn2 yg lain tak mencintai Baginda Rasulullah.. Cumanya, setiap kali berjumpa dgn 2 org sahabat ni, mesti mereka akan bercerita tentang Rasulullah.. Bila pergi kedai buku, akan cari buku yg berkaitan dgn Rasulullah.. Bila berusrah, mesti akan dikaitkan dgn cerita Rasulullah..SubhanAllah.. Sungguh cinta mereka pada Rasulullah..
Kita diajar untuk sentiasa berselawat memuji Baginda. Hikmahnya, kita akan sentiasa mengingati Baginda Rasulullah.. Pahala pon dapat, hati pon akan jadi tenang..
Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)
So kawan2, nak dapat syafaat Rasulullah, nak dapat pahal lebih, jom kita Selawat.. Moga kita sama2 terus mencintai Baginda Rasulullah s.a.w. :) Mudah2an dapat bertemu dengan Baginda di syurga. insyaAllah.. Rindu Rasulullah.. :'(
No comments:
Post a Comment