Assalamualaikum..
Status aku harini..
BIARKAN SEMALAM MENJADI KENANGAN YANG INDAH.. SENYUM DAN BANGKITLAH DUHAI DIRI..
Ya.. aku harus bangkit.. mulanya hariku dengan senyuman.. Segala pekerjaan aku lakukan seperti biasa dengan sempurna.. Terdengar lagu2 yg berkumandang di radio aku akan ikut sama menyanyi.. itu rutin aku..
Catering berjalan lancar.. Alhamdulillah Allah pinjamkn sekejap pembantu untuk membantu aku menjalankan tugas2 catering. Jadi dapatlah aku melakukan tugas2 lain di bahagian pengurusan.
Sarapan pagi.. selalunya regular customer aku.. cif Abdullah akan dtg berteman.. Tapi harini dia keseorangan.. Cif pon kurang ceria seperti selalu.. Selalu ada sahaja lawak jenaka dari cif.. Rasanya dia pon rasa kehilangan tuan dia seperti aku.. aku dan cif seperti biasa akan berbual.. dan topik kami pasal tuan.. Cif memuji2 kebaikan tuan.. Jujur aku akui tuan memang baik..
Tengahari, seorang pakcik menegurku.. "Baguslah adik ni.. tiap2 hari pakcik nampak awak senyum je.. bagusnya.. bilalah saatnya pakcik nak mkn nasi minyak awak ni?" Aku senyum. "InsyaAllah" jawabku. Memang aku suka tersenyum. Dan untuk menyambut kedatangan pelanggan pon aku memang kena senyum.. Kalau muka masam siapa pon takut nak singgah kedai. Soal jodoh aku tak mampu nk jwb. Bila2 masa sampai saatnya mesti akan sampai jugak jodoh itu.
Oleh kerana kerja yg begitu banyak, aku terpaksa tangguhkn lunch spt selalu.. Tak sempat nk mkn.. sebab banyak catering luar. Bagi aku yg penting aku sempat solat. Itu je keutamaan aku.. Balik dari catering, aku makan tengahari.. Sedang makan aku terdengar azan asar. Tanpa aku sedar air mata aku menitis. Oleh kerana perut dah sebu, aku tak abis makan. Terus meluru naik atas utk solat asar. Saat itu aku rasa sebak. Aku tahan tangis sampai aku sampai surau.
Selalunya aku akan asar pd awal waktu.. dan selalunya waktu asar aku selalu terserempak dgn tuan. Sebab tuan selalu jadi imam. Kali ini aku rasa lain sgt.. Sangat terasa kehilangan tuan. Sejujurnya tempoh perkenalan aku dgn tuan sgt singkat tetapi pemergian dia sgt buat aku terasa kehilangan. Macam aku dah kenal dia bertahun lamanya. Aura tuan masih bersisa di sini. Tadi cif datang kedai tunjukkan kunci bilik tuan kat aku.. sambil dia bercerita pasal tuan. Tapi aku sedar semangat cif nk cerita pasal tuan pon tak mcm selalu.. tak bersemangat.
Aku berusaha utk ceriakn diri aku.. Tapi aku masih tak mampu.. waktu asar sgt memberi kesan pada aku.. Usai solat asar aku menangis lagi... aku lepaskan segalnya di hadapan Allah sambil aku doakn kesejahteraan tuan.. Jujur.. segala kenangan yg sedikit itu masih trngiang2 di kotak fikiran aku. Allah.. bantulah aku Ya Allah.. Kuatkn aku Ya Allah.
Tuan.. Belajar baik2.. Doakn kami baik2 shj disini. Memang tuan dah menjadi penyeri kedaikami.. Harapnya seri tuan masih bersisa lagi..
No comments:
Post a Comment