Thursday, 20 November 2014

Girls' Day Out..!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah  last weekend aku dpt hangout jumpe my sweety ladies.. Rindu giler kat dorang semua... Alhamdulillah semua dah habis study.. Tengah kerja.. Tengah tunggu konvo.. Alhamdulillah semuanya dah berjaya.. Happy for them.. :)

Memandangkan semua anak2 dara ni masih di bawah tanggungan ibu bapa masing2, so kami tak dapatlah nak lepak jauh2.. Tempat pilihan biasa Alamanda Putrajaya.. Nak lepak tasik hujan pula.. so lepak kat mall ajelah..

Meh aku belanja gambar sikit.. hihi.







 
Lihatlah wajah2 ceria kami.. even this event only for ladies tapi ada pulak mamat sorang tu sesat kan..? huhu.. itulah dia da only clasmate lelaki yang masih sudi untuk keluar dan hangout dengan kami.. Alhamdulillah,, Thanx Arham Hafezzee.. 

Alhamdulillah.. sangat bersyukur dikurniakan sahabat2 yang baik hati, penenang jiwa raga.. Harap sangat ukhuwah ni kekal sampai bila2.. Thanx for lending me your ears..  Hear my story.. Pinjamkan bahu untuk aku tumpang nangis.. Pinjamkan kasih dan sayang untuk aku bermanja dan rasa dihargai.. Berikan aku nasihat untuk aku bangkitkan kembali semngat aku.. InsyaAllah aku akan ingat pesan korang semua.. Sayang Korang.. Mmmmuuaahhhhh.. Will always love u sahabat. Till Jannah. insyaAllah. 


 

Friday, 14 November 2014

CERITA LALU

Assalamualaikum..

Dalam keterbatasan waktu ini aku try update apa yang aku mampu.. Aku tengah sgt2 busy.. 

Alhamdulillah,, Tanggal 20 Oktober yg lepas aku dah pun cukup umur 23 tahun. Syukur Pada Allah kerana telah memberi aku peluang untuk aku terus hidup dan terus bertaubat memohon keampunan kpdNya. Jujur aku dah byk sgt dosa.. Sungguh Allah Maha Penyayang.. Allah tutup aib kita di dunia ni sedangkan kita sebagai manusia tak pernah pon rasa malu dengan Allah dengan maksiat dan dosa yang kita buat.. Allah.. Sayangnya Allah pada kita kan.

Okey. sebut pasal birthday.. Aku tak pernah expect utk sambut birthday dengan sesiapa pun. Sebab dah kebiasaan aku tak sambut birthday aku. Just masa belajar dulu jelah aku disambut dgn tepung dan air berbaldi2. almaklum bilik depan toilet.. Siap kena tarik keluar bilik.. haha.. Tu semua kenangan. Sambut birthday dengan someone special? Aku harap jugak tapi kali ni memang suram. Dia pon takde datang utk celeb besday aku. n Takde plan pon nak sambut.. Tak apalah.. mungkin dia busy kot. :(

Sehari selepas birthday aku, Allah uji aku dengan musibah. Yang mana aku dpt accident sikit kat tempat kerja. Jatuh terlentang atas lantai time tengah angkat pinggan. Habis tercampak pinggan2 tu semua. Nasib baik tak pecah. Bila dah kena aku memang tak berhenti menangis la.. Dari mula kena sampailah aku nak tido. Bangun tido esok tu pun aku sambung lagi menangis. Betapa sakitnya aku rasa. Nasib baik hari esoknya cuti. So aku rehat kat rumah.. Pujuk diri.. Tenangkan diri dari menangis. Tah macam mana Allah nak uji aku lagi.. Allah hadirkan aku dengan berita yg kurang senang untuk aku hadap. Memang aku sambung balik menangis. 1 badan dah sakit termasuklah hati aku.. Allah.. kuatnya ujian yang Allah hadirkan. Rasa mcm dah taknak hidup je.. :'(

2nd day lepas kena barulah aku pergi jumpe doc sbb sakit stil tak hilang. tengkuk dgn pinggang aku efek giler. Then aku pergi hospital. Doc buat xray semua.. Jujur aku malu bila doc lelaki yg cek aku.. Tu sebab la aku tak suka pergi klinik ke hospital ke. Habis doc tekan tulang belakang aku. Perut aku. So dah lepas xray  Alhamdulillah result baik2 je.. Doc ckp tulang takde yg patah. So Doc declare aku kena "muscle inflammation" and "soft tissue injury". Hari ke 3 aku dah msuk kerja balik even badan stil sakit.  Ubat pain killer tu takde bg manfaat pon  kat aku.. huhu.. 

Then ada beberapa customer yg perasan aku tak ceria.. Ada yg tahu aku jatuh.. Semua tanya aku.. Sampai aku nak keluar, brother kesihatan tu siap tahan kereta aku sbb aku tak balas senyum dgn teguran dia. Tanya aku sebab apa suram. Mostly semua ckp aku suram. Yelah tengah sakit manalah aku nak senyum. Alhamdulillah.. Rasa happy la sikit dengan concern dari customer2 ni semua. Sbb sepatutnya "dia" yang patut buat aku senyum tapi "dia" dah buat aku menangis lagi. Sedih gilerrr :'(

Lepas accident haritu aku dah tak boleh nak buat kerja berat2 sampai aku dah betul2 kuat. Aku pun kena pergi berurut dah sekarang untuk baiki kerosakan dlm bdn ni.. haha. InsyaAllah.. sekarang aku berserah pada Allah untuk beri aku semangat dan kekuatan. Dengan macam2 ujian yang aku tengah hadap. Semuanya buat aku rasa makin dekat dengan Allah. Aku taknak jauh dari Allah.. Tak nak jadi orang yang rugi. InsyaAllah. Andai kesakitan luar dan dalam aku ni adalah tanda pengampunan Allah, aku redha.. Moga2 urusan akhirat aku nanti dipermudahkan.. insyaAllah Ampunkan aku ya Allah.. :'( 

Okeylah. time to go.. 

Awak. Saya masih sayangkan awak.. Ambillah sebanyak mana ruang yang awak perlu untuk pulihkan kembali hubungan ni.. insyaAllah.. Allah sedang sayangkan awak. sebab tu dia uji awak.. Kuatkan semangat awak.. Baliklah pada Allah.. Moga awak dapat ketenangan itu.

Monday, 15 September 2014

Membuka Ruang dan Peluang

Assalamualaikum semua..

Nak cerita sikit..
Allhamdulillah kelmarin Allah beri aku rezeki untuk aku berjumpa dan bersama2 dgn sahabat2 aku yg sgt aku sayang,,
Sahabat jemaah aku masa di kampus dulu..
Terasa terisi jiwa aku bila dapat berkumpul semula..
Jujur aku seronok.. aku rasa tenang..
Dah lama aku tak rasa mcmni..

So as usual bila pergi wedding somebody mst akan ada soalan cepumas yang tak dapat dielakkan..
Si pengantin tanya aku "wanie bila lagi..?"
Jawapan aku mcm biasa.. "insyaAllah.. doa2kn ye kak.."
Jujur.. itulah soalan yg paling letih aku nak jawab..
When people keep on asking, aku jadi blur..
Sbb aku pon tak nmpak bayang lagi psl jodoh aku.. huhu..

So bila dah ramai2 kumpul, borak dan bincang pasal ni, aku putuskan untuk buka ruang dan peluang utk org lain selepas hujung tahun depan.. huhu..
Tapi my sisters ckp, "kenapa nak tunggu lama2 lagi..? Buka je ruang dan peluang tu sekarang." 

"Bila ada seseorang yg kita yakin baik agamanya dan yg kita yakin dah kukuh dari segala segi datang melamar kita, jgnlah kita tolak.  Takut nanti kita memyesal sebab akan datang nanti kita tak tahu apa yg akan trjadi pd diri kita, siapa jodoh kita.. Sampai bila kita nak tunggu dia yang tak pasti? Dan kita pasti ke yg tak pasti tu adalah jodoh kita..? Kalau betul2 niat nak nikah takkan kena tunggu lama macamni?"

Aku speechless.. aku buntu.. aku keliru.. memang ramai yang cuba mendekati tapi hati aku tak mampu untuk buka hati utk sesiapa.. Dia sudah cukup lama aku kenali.. Tak semudah itu untuk aku buka ruang utk orang lain.. Dan aku tahu betapa sygnya mama pd dia. Entahlah..

Jujur.. Aku dah rasa lelah sangat dgn ujian ini.. Aku hny bersabar dan berdoa.. Sekarang aku cuma fikir nak berbakti pada mama dan abah.. i want to make them happy.. Aku mungkin tak mampu nak beri dorang sekeping ijazah cuma aku harap mama dan abah rasa tenang dan lapang bila aku sentiasa di sisi mereka.  Walau aku bukan anak yg baik tapi aku akan cuba beri yg trbaik. Aku nak jaga mama dan abah selagi hayat mereka ada..

Mungkin inilah ruang dan peluang yang aku ada.. Ruang kepada diri sendiri untuk perbaiki diri menjadi lebih baik dan peluang untuk berbakti pada mama dan abah. insyaAllah.

Mohon tembakan doa dari kalian.. mudah2an Allah permudahkan urusan kita semua.. insyaAllah.. Amiin..

Wednesday, 3 September 2014

HEARTLESS

Assalamualaikum..

Sory lama dah tak update..
I am too busy.. tak sempat nk tgk blog..
Balik kerja kena buat kerja rumah then dah penat terus tidur.

Heartless..
Aku dah start heartless..
Sebab aku dah penat sangat untuk bersedih.. sakit hati dan kecewa..
Aku dah malas untuk menangis lagi..
Keadaan dah memaksa aku untuk heartless.. i am so sorry..

Sekarang aku berazam nk jadi seorang yg berjiwa kental.
Seorang yg mampu berdikari..
Macam seorang senior aku dulu..
Kak Junainh Abdul Ghani namanya.. selama aku mengenali dia macam tak pernah je rasanya tgk dia menangis.
Dia seorang yg punyai senyuman yg manis.
Sentiasa optimis..
Sampaikan kitorang nak buat prank kat dia untuk dia menangis pon dia stil tak menangis..
Wanita yg sangat kental.

So sekarang pedulikan apa org nak cakap..
Utamakan pandangan Allah pada kita.
Apa2 kritikan ambil sebagai iktibar dan cabaran untuk majukan diri..
Segala pujian kena kita syukuri.. mudah2an istiqamah dengan kebaikan itu.. Aminn

Untuk awak.. saya minta maaf atas ketelanjuran kata2 saya..
Sebab saya dah start heartless..
Terlampau banyak ujian yg Allah beri pada kita.. kpd saya..
Saya perlukan ruang untuk muhasabah balik diri sy..
Mudah2an ada jalan lebih baik untuk kita..
InsyaAllah..




Wednesday, 20 August 2014

NIKAH

Assalamualaikum..

Sejujurnya aku amat rindu nak menulis.. Memang dari kecil inilah salah 1 hobi yg aku sgt minat.. So malamni entri kedua aku untuk harini.. Tadi balik2 je dari kerja tgk cerita Rindu Awak 200%..  Sambil tu aku cerita dgn mama pasal tuan.. bergenang air mata aku... respon mama? Gelakkan aku dan senyum.. itu jela yg mak aku selalu buat.. huhu..

So hasil feeling tgk cerita tadi aku tergerak nak cerita tentang nikah ni.. Sebut je pasal nikah.. siapa je taknak nikah kan? Kalau aku terjumpa org yg aku jarang jumpe mesti soalan nikah ni jadi soalan feveret especially bila balik kampung or jumpe kwn2 lama..

Tengah2 umur 20an ni memang feel nk nikah tu lebih sikit.. Tapi ada ke yang nak kat aku ni? Huhu.. Jujur.. sejak aku kerja ni ada je org yg nk cuba ajak aku nikah.. Masalahnya mcm2 orang.. aku konpius.. huhu.. Masa kerja kat cafe AMC mostly yang bujang2 la ramai yg cuba nasib.. Tapi bila kat kargo ni makin kuat ujian utk aku.. Ada yg duda.. Ada yang nk jadikn aku isteri seterusnya.. Ada yg nak jadikan menantu.. Yang bujang pulak kurang. Hahaha.. Masalahnya dorang semua terlampau direct.. Jawapan aku "senyum".. No Idea.

Tahun ni umur aku baru nk masuk 23 pada 20 oktober nanti.. So tahun depan 24.. Orang cakap perempuan elok klu nikah awal. Tapi kalau takde jodoh lagi cmne nak nikah kan? So aku rse dlm tempoh sampai hujung tahun depan aku mcm taknak pk lagi pasal ni semua. Nak fokus pada family.. so lepas je hujung tahun depan aku akan pertimbangkan untuk terima lamaran2 ni.. ckp mcm byk sgtt je org nk lamar ko kan wanie? Haihh..!

Kalau nak sebut pasal ciri2 lelaki pilihan.. Aku nk ikot saranan Rasulullah je.. yang beragama, cantik rupa paras, berharta dan keturunan yg baik. Tapi bagi aku keutamaan yg beragama. Kalau ikot angan2 aku nk lelaki mcmni boleh??
  ♥ Boleh jadi imam untuk solat fardhu aku
  ♡ Boleh bangunkan aku untuk qiam
  ♥ boleh menjawab kemusykilan aku tentang agama atleast yg basic
  ♡ boleh bimbing aku untuk jadi bidadari syurga
  ♥ ringan tulang utk bantu isteri buat kerja2 rumah
  ♡ seorang yang nampak tegas dan garang tapi hakikatnya sgt romantik dan caring
  ♥ yang mengutamakan family dr kawan2..
  ♡ yang menerima kekurangan dan kelebihan pd diri aku seadanya
  ♥ yang ada sense of humour
  ♡ yang penyabar sebab aku jenis banyak songeh
  ♥ yang boleh izinkan aku untuk jaga abah dan mama walaupon aku dah kahwin nnt.
  ♡ yang boleh teman aku mengaji tiap2 hari
  ♥ yang besederhana dlm segala hal.
Macam banyak kan? Kalau bab berangan serah je kat aku.. hehe. Tapi aku tahu.. impossible untuk aku dpt semua tu.. cuma aku pernah dengar ulamak ckp.. nak cari yg sempurna, kita sendiri kena sempurnakan diri kita... so kena prepare diri sendiri untuk jadi lebih baik..

Aku tahu aku byk sgt dosa.. jadi siapapun jodoh aku, aku terima.. insyaAllah. No body is perfect. So cukuplah sekadar insan yang boleh menjadi pelangkap kpd kekurangan dlm diri aku. Dan aku berharap jodoh aku adalah jodoh istikharah aku. InsyaAllah.. Jodoh kan rahsia Allah.. so biarlah rahsia utk saat ini.. hehe.. Aku serahkan semuanya pada Allah.

Nikah pon bukan benda mudah.. Selepas nikah tanggungjawab aku sangat besar. Alam rumahtangga memang nmpak mcm best tapi hakikatnya berat.. Tak semudah yg disangka. So ready ke aku? Haha.. insyaAllah..

So doa2kn aku dpt jodoh yg baik2 ye.. Amiinnnn..
To Mr Perfect.. hope to see u soon even i dont know who u r... ^_^

Tuesday, 19 August 2014

CERIA DALAM SURAM

Assalamualaikum..

Status aku harini..
  BIARKAN SEMALAM MENJADI KENANGAN YANG INDAH.. SENYUM DAN BANGKITLAH DUHAI DIRI.. 

Ya.. aku harus bangkit.. mulanya hariku dengan senyuman.. Segala pekerjaan aku lakukan seperti biasa dengan sempurna.. Terdengar lagu2 yg berkumandang di radio aku akan ikut sama menyanyi.. itu rutin aku..

Catering berjalan lancar.. Alhamdulillah Allah pinjamkn sekejap pembantu untuk membantu aku menjalankan tugas2 catering. Jadi dapatlah aku melakukan tugas2 lain di bahagian pengurusan.

Sarapan pagi.. selalunya regular customer aku.. cif Abdullah akan dtg berteman.. Tapi harini dia keseorangan.. Cif pon kurang ceria seperti selalu.. Selalu ada sahaja lawak jenaka dari cif.. Rasanya dia pon rasa kehilangan tuan dia seperti aku.. aku dan cif seperti biasa akan berbual.. dan topik kami pasal tuan.. Cif memuji2 kebaikan tuan.. Jujur aku akui tuan memang baik..

Tengahari, seorang pakcik menegurku.. "Baguslah adik ni.. tiap2 hari pakcik nampak awak senyum je.. bagusnya.. bilalah saatnya pakcik nak mkn nasi minyak awak ni?" Aku senyum. "InsyaAllah" jawabku. Memang aku suka tersenyum. Dan untuk menyambut kedatangan pelanggan pon aku memang kena senyum.. Kalau muka masam siapa pon takut nak singgah kedai. Soal jodoh aku tak mampu nk jwb. Bila2 masa sampai saatnya mesti akan sampai jugak jodoh itu.

Oleh kerana kerja yg begitu banyak, aku terpaksa tangguhkn lunch spt selalu.. Tak sempat nk mkn.. sebab banyak catering luar. Bagi aku yg penting aku sempat solat. Itu je keutamaan aku.. Balik dari catering, aku makan tengahari.. Sedang makan aku terdengar azan asar. Tanpa aku sedar air mata aku menitis. Oleh kerana perut dah sebu, aku tak abis makan. Terus meluru naik atas utk solat asar. Saat itu aku rasa sebak. Aku tahan tangis sampai aku sampai surau.

Selalunya aku akan asar pd awal waktu.. dan selalunya waktu asar aku selalu terserempak dgn tuan. Sebab tuan selalu jadi imam. Kali ini aku rasa lain sgt.. Sangat terasa kehilangan tuan. Sejujurnya tempoh perkenalan aku dgn tuan sgt singkat tetapi pemergian dia sgt buat aku terasa kehilangan. Macam aku dah kenal dia bertahun lamanya. Aura tuan masih bersisa di sini. Tadi cif datang kedai tunjukkan kunci bilik tuan kat aku.. sambil dia bercerita pasal tuan. Tapi aku sedar semangat cif nk cerita pasal tuan pon tak mcm selalu.. tak bersemangat.

Aku berusaha utk ceriakn diri aku.. Tapi aku masih tak mampu.. waktu asar sgt memberi kesan pada aku.. Usai solat asar aku menangis lagi... aku lepaskan segalnya di hadapan Allah sambil aku doakn kesejahteraan tuan.. Jujur.. segala kenangan yg sedikit itu masih trngiang2 di kotak fikiran aku. Allah.. bantulah aku Ya Allah.. Kuatkn aku Ya Allah.

Tuan.. Belajar baik2.. Doakn kami baik2 shj disini. Memang tuan dah menjadi penyeri kedaikami.. Harapnya seri tuan masih bersisa lagi..

Monday, 18 August 2014

GELAK DALAM TANGIS

Assalamualaikum..

Today i am really sad.. Yes baru seronok nak berkawan tiba2 orang tu nak pergi jauh dah.. He is my customer.. At first aku kenal dia, my 1st impression trkenang adi putra.. Dia bukan exactly look like adi putra tp ada iras2.. Dan nama adi putra tu melekat kat dia.. Aku panggil dia Tuan Adi Putra.
Sekali tgk dia, muka sangat serius.. susah nk tgk tuan tu senyum.. Dan sangat susah nk dengar dia bersuara. He is a "reserve" man.
Aku tak tahu mcmne mulanya aku berani utk tegur tuan tu.. Yang pasti aku jenis suka senyum.. Dan bila tuan balas senyum aku rasa macam trkejut jugak..
Lately ni tuan macam nk bercakap so aku open space utk dia.  Actually bukan tuan je.. siapa2 yg nk berkawan dgn hati terbuka aku terima.. Sebabnya aku suka berkawan.
Actually harini hari last tuan bertugas.. sebab nk further study amik master in Statistics.. Awesome.. my fav subject mse dip dlu.. Aku pon mmg suka maths.. Tapi aku takde kesempatan utk further dgn course tu.. just blaja basic yg mmg best.. So dats y aku mcm excited bila tuan ckp nk further study in stat. Dlm pada mse yg sama aku rasa sedih sgt.. tak taw knp.. Rasa mcm dh lama kawan dgn tuan..
So aku berdoa supaya harini terakhir ni aku selalu jumpe dia. Dan Alhamdulillah Allah perkenankn.. sygnya Allah kat aku taknak bg aku sedih.. 3 kali aku jumpe dia.. 1st bfast.. aku bg tuan cenderahati.. muka tuan terkejut.. aku pon malu sbb dpn org tapi aku takut tak sempat jumpa lagi.. 2nd aku jumpe lunch.. 3rd time kat surau.. Kitorang sama2 nk solat asar.. Lepas aku solat asar tak tahu knp aku menangis.. Rasa sedih sgt.. pg td mmg aku byk gelak sbb taknak lyn rasa sedih..
ALLAH.. Kenapa hadirnya rasa ini.. aku pernah rasa mcmni saat nk berpisah dgn sahabat2 aku yg dulu especially yg satu jemaah usrah dan JPM.. Mungkin tuan ada aura mcm jemaah yg dulu..

ALLAH.. berikan aku kekuatanMu..
Berikan aku ketenangan dlm kesedihan ini.  AMIINNN...

TUAN.. TERIMA KASIH UNTUK PERKENALAN YG SINGKAT YG SGT BERMAKNA.. MOGA PERJALANAN TUAN DIREDHAI.. ADA REZEKI KITA JUMPA LAGI INSYAALLAH...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...