Tuesday, 11 September 2012

HADAPI UJIAN DENGAN TABAH & KEYAKINAN..!

Assalamualaikum w.b.t.

Bercakap pasal ujian ni kan..? Semua orang akan diuji Allah hampir setiap hari.. setuju..??? Ujian tu akan datang dalam pelbagai bentuk, samaada ujian kesusahan atau kesenangan.. Walau apapun bentuk ujian, kita kena bersyukur kerana dengan hadirnya ujian, bermakna Allah masih pandang kita untuk kita terus usaha mencari redhaNya. :) Andai kita diuji dengan kesenangan, AWAS..! Jangan pernah alpa n sentiasalah bersyukur moga2 Allah berikan kesenangan yang berterusan dunia & akhirat. :)

Hmm.. Harini aku pergi bank. Jalan kaki sorang2 sebab aku x brani nak drive kreta kat rumah aku nih. Manual kot. Dah la aku xde lesen.. hehe.. So nak taknak aku pun gagahkan diri untuk ke bank n utk beli sedikit keperluan. Hari pulak hujan.. Aku redah aje dgn payung.. Bank tu jauh x jauh la. Around 15-20 minutes by walking. Dah lama aku x jalan sorang2 ni, dlm keadaan hujan plak tu kan..? Memang bertawakal gila2 lah.. hehe..

Tengah2 jalan, menghala ke bank tu, tiba2 aku disergah dari belakang oleh 2 orang amoi bangsa vietnam. Terkejut beruk aku.. Aku ingat aku nk kena rompak lah tadi..Haihh.,. Menggigil 1 badan. One of them terus pegang tangan aku, so aku xdapat nak lari mana2.. Amoi tu cakap "nak tompang payung". Amboihh.. mentang2 payung aku besor. Haha.. Aku pun senyum n meneruskan perjalanan. 

Dalam perjalanan tu, aku memang istighfar byk2 la kan..? Protection.. hehe. Sambil2 tu amoi2 tu boleh pandang aku atas bawah, pastu dorang cakap "cantik".. Amboi, amik hati lah tu kan..? Aku senyum je. Lepas tu sorang lagi amoi tanya aku "kakak marah ke?" haih byk betul soalan. Aku pun jawab, "tak lah, terkejut je", Dia faham ke apa yang aku ckp nih..? haha.. Lantak la buat2 faham lah ye. Aku hanya mampu tersenyum je sampai la dorang tiba di sebuah restoran cina. Dengan selamba dorang ajak aku makan.. haha.. Memang tak lah kan..? X pasal2 aku termakan babi pulak nanti.. huhu..

Actually rasa mcm geli plak dorang main kepit2 tangan aku, last2 aku fikir balik, dorang tetap ciptaan Allah kan..? So aku xde hak nak benci ke or fikir yang negatif pasal dorang walaupon berlainan agama n bangsa. Alhamdulillah, Allah pelihara aku dgn my full hijab. Pakaian yang proper. n aku pon x melenting tadi. Sekurang2nya, aku dah berdakwah. Aku tunjukkan keindahan Islam itu sendiri. Bukan nak memuji diri cuma rasa sangat2 bersyukur yang aku tak diapa2kan n secara tak langsung, aku dah berdakwah secara halus dgn mereka.. Aku mampu menghadapi ujian Allah itu sendiri.. Alhamdulillah.. syukur sangat2.. 

Mungkin lepas ini aku akan hadapi ujian lebih dari ini kan..? So be prepared...!

Labuhnya pakaian n tudung seseorang itu, x bermakna yang dia dah cukup baik n alim. Seksi, ketat or sendat pakaian seseorang itu, tak bermakna dia jahat..Ingat..! Dont judge a book by its cover.. Dia juga manusia biasa.. Bila2 masa je dia akan terdedah untuk melakukan dosa. So kita ni sendiri yang banyak dosa, x layak nak judge orang tu.. Biarlah Allah yang menilainya. Kita sebagai manusia biasa hanya boleh menyelami n memahami hati mereka n membantu mereka untuk sentiasa melakukan kebaikan agar kita sendiri sentiasa terdedah untuk melakukan kebaikan.. Amar makruf Nahi mungkar itu kan tanggungjawab kita bersama..?? So selagi ada masa, jom kita amalkan.. :)

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...