Friday, 21 September 2012

HOSPITAL..

Assalamualaikum w.b.t.

Hospital..?? Aku masuk hospital ke..?? hehe.. taklah.. Bukan aku yang masuk hospital. Cumanya nk story cikit la pasal hospital ni kan..?? Actually hospital ni dah mcm rumah kedua aku. Hospital yang terpilih tu adalah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Ada apa ye dengan hospital ni..??

Hmm.. Yess..memang hospital ni rumah kedua aku sebabnya paling kurang pon aku akan jejakkn kakiku sebanyak 3 kali dalam masa sebulan. Itu paling kurang ok..? Hantar mama n abah buat checkup. Aku pon pernah menginap lebih seminggu di sinun sebab mama masuk ward. Dah lama dah, masa bulan 4 dulu. Aku suka...?? Yess memang aku suka sbb dalam ward lelaki ramai doc wanita n dalam ward wanita ramai doc lelaki. So memang aku mencuci mata jelah kan..?? Serius, doc2 yg merawat kat ward tu xde sorang pun yg tak ensem. Majoriti kaum cina la but cina2 pun ensem woo.. haha.. Doc melayu yang aku igt nama dia pon, doc zamir n doc afiq.  Doc zamir tu jambu n doc afiq tu macho. haha.. Tergugat imanku.

Okeylah.. Sebenarnya itu bukan motif sebenar aku nak cerita pasal hospital ni. Cuma aku nak cakap yang hospital ni salah satu tempat yang boleh mendatangkan keinsafan pada kita. Cubalah kalian2 ye, pergi setiap pelusuk kat hospital tu, macam2 pesakit dgn pelbagai jenis penyakit yang akan kalian2 semua jumpa. Kadang2 aku yg berjiwa kental ni rasa nak menangis je tgk mereka.. Chopp.. Kental ke..?? hehe.. Arghh.. itu lain ceritalah.. Hmm..

Baru2 ni aku hantar abah pergi checkup kat "rehabilitation centre".. Nak dekat 2 jam gak la menunggu giliran kn..? Orangnye x ramai pon tp service utk setiap pesakit tu agak lama. Tengah2 menunggu tu, tiba2 seorang lelaki masuk berkerusi roda.. Lelaki tu sgt2 hensem.. Serius tak tipu.. Tapi yg buat ku rasa simpati, dia xde kaki sebelah. Sedihnya.. Bila aku nampak dia, baru aku perasan yang ramai org2 yg berkerusi roda dlm tu xde kaki, tangan.. Dorang ada appoinment untuk buat kaki or tangan palsu. Serius aku rasa insaf sgt2.. Aku ni ada tangan n kaki yang kuat, sempurna, xde masalah pun.. Tapii..?? Pemalas..?? kan..?? Haihh.. apo nak jadi lah  ni wanie oii.. Insaflahh.. insaf..!!

Then aku ada teman abah pergi wat fisioterapi.. Dalam bilik tu pun mcm2 org tgh exercise utk pulihkn kekuatan fizikal dorang. Bersungguh2.. Walaupun serba kekurangan tapi semangat dorang tak pernah patah kan..?? Kita ni baru je kena uji ckit dah patah semangat, putus asa. Lepastu nak salahkan takdir lah, nak bunuh diri lah..kan..?? Tapi aku xde la sampai nak salahkan takdir n bunuh diri.. hehe. Mintak simpang lah ye.. Aku masih punyai iman cuma goyah ckit.. hehe.

Kadang2 pergi teman mama kat klinik pakar, pon ada mcm2 orang.. Ada sekali aku pernah jumpe seorang makcik ni, mata sebelah bertutup dgn kapas.. Mula2 aku wat dunno je sampai lah aku tgk sdri yg mata makcik tu tengah berdarah2.. Ya Allah.. Kesian sgt aku tgk kat makcik tu.. Apa yang aku tahu, makcik tu ada masalah jantung tp yang aku tak pasti kenapa perlu mata makcik tu berdarah.. Ya Allah.. Mata aku ni pun, walaupun menggunakan alat bantuan (spec) utk melihat, aku still rasa bersyukur sebab masih dapat melihat dgn sempurna.. 

Then ada lg 1 hari ni, aku pergi hantar ayah aku kat MRI room nak buat City Scan. Sambil menunggu ayah aku keluar, ada seorang baby ni tgh tunggu giliran nak buat City Scan jugak. Lama aku perhati baby tu. Rupa2nya baby tu ada ketumbuhan kat bahagian atas kepala tp sebelah luar. N khabarnya ada kaitan dgn masalah jantuung jugak..?? Sedihnya.. Bayi yg kecil itupon diuji inikan pulak kita yang dah lama hidup ni kan..? 

So kamu2 sekalian.. Nak rasa insaf..?? Pergilah melawat hospital sekitar anda jika ada kelapangan.. hehe.. Pergi setiap department. Mcm2 kes yg akan anda temui. Tapi kalau nak rasa seram, pergi bilik mayat lah eh..? haha. Aku byk kali dah tgk mayat kat hospital.. Bgun2 tido tgk mayat kat sebelah katil.. hehe.. Korang pernah..?? haha.. Selagi kita ni bernama manusia, kita tetap akan diuji.. Ujian itu dtg x kira masa, x kira tempat.. Walau apapun, kita jangan sesekali salahkan takdir. Terima dgn redha n hati yg terbuka n yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

2 comments:

  1. hmm sesungguhnya bila kita ingat mati akan mngurangkan rasa suka kita pada dunia.. =) aku paham dah sbb aku dlu sebulan dalam 4 kali g hospital kat ampang ulang alik.. yg penting kekuatan kita tu.. insyaAllah Allah sembuhkan dengan usaha sebagai pnybab..=)

    ReplyDelete
  2. yep buddy.. i sokong u..!! tqvm.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...